SELEBRITI media sosial Pakistan Qandeel Baloch, 26 tahun atau lebih dikenali sebagai 'Kim Kardashian Pakistan' mati dibunuh oleh abangnya sendiri, dalam insiden yang disifatkan 'pembunuhan demi menjaga nama baik keluarga'.
Polis mengesahkan Qandeel dicekik sehingga mati, dan kejadian berlaku di daerah Punjab.
Akhbar The Express Tribune melaporkan Qandeel dicekik selepas bertengkar dengan abangnya pada Jumaat dan mayatnya hanya ditemui pada awal pagi Sabtu.
Sumber keluarga memaklumkan pertengkaran Qandeel dan abangnya berpunca daripada tindakannya memuat naik gambar kontroversi ke internet.
"Abangnya meminta Qandeel henti menjadi model," kata sumber keluarga kepada Tribune.
Susulan pembunuhan itu, pihak berkuasa kini menahan kedua ibubapa Qandeel, manakala abangnya melarikan diri.
Sebelum dibunuh, Qandeel dilaporkan melarikan diri dari Karachi ke Punjab kerana menerima ancaman gara-gara sikapnya yang dikatakan terlalu liberal.
Qandeel menggunakan media sosial sebagai platform untuk popular.
Video Qandeel dengan aksi kontroversi menjadi viral pada 2014, sekaligus membolehkan beliau mengecap populariti dalam sekelip mata.
Qandeel gemar memuat naik gambar ke media sosial, termasuk dengan ulama terkenal Pakistan.
Jolokan Kim Kardashian Pakistan yang diberikan kepada Qandeel adalah kerana populariti yang diraih mirip selebriti itu - 'selfie' provokasi, kegigihannya mengejar populariti, dan cara dia meraih populariti dengan video kontroversi.
Golongan muda melihat sikap dan pendiran liberal Qandeel yang melangkaui norma-norma wanita Pakistan, menjadikan dia sama ada ikon budaya baru atau cemuhan masyarakat yang masih berpegang kepada norma-norma tradisional.
Pembunuhan Qandeel mendapat reaksi berbeza, menyokong dan menentang.
Tetapi di Pakistan, wanita khususnya dari golongan miskin yang masih kekurangan hak asas, dari pendidikan kepada pemilihan suami, keganasan terhadap mereka terus meningkat.
Sebelum kematiannya, Qandeel merayu kepada kementerian dalam negeri untuk mendapat perlindungan daripada ancaman sebanyak tiga kali, namun rayuannya itu ditolak.
Pembunuhan Qandeel bukan kes pembunuhan pertama demi menjaga nama baik keluarga.
Raturan lagi wanita dibunuh setiap tahun di negara itu atas sebab yang sama.
Agensi
Sun Jul 17 2016
Susulan pembunuhan itu, pihak berkuasa kini menahan kedua ibubapa Qandeel, manakala abangnya melarikan diri. - Foto AFP
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.
Kes 1MDB: Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian disiasat FBI
DiCaprio dedah berkenalan dengan Jho Low di kelab malam dan wang disalur didakwa daripada 'individu paling kaya' yang tidak dikenali di Abu Dhabi.
Promosi wang kripto, Kim Kardashian bayar denda RM5.8 juta
Kim Kardshian membayar denda kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat sebanyak RM5.8 juta.
Kemangkatan Ratu Elizabeth II ubah sifat Kanye West
Kanye West mengaku mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Kim Kardashian, Pete Davidson dilapor berpisah
Pasangan Hollywood Kim Kardashian, Pete Davidson dilapor berpisah
Sampai tertetas, Kim K didakwa rosakkan gaun Marilyn Monroe
Akaun Instagram Pop Culture telah berkongsi foto yang membandingkan gaun itu sebelum dan selepas dipakai Kim K.
Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West - Laporan
Menurut laporan media Amerika Syarikat, bintang realiti berusia 40 tahun itu menuntut hak penjagaan anak-anak
Ada apa, Kim Kardashian boikot Facebook, Instagram?
Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian West mengumumkan untuk memboikot Instagram dan Facebook selama 24 jam.
'Keeping up with the Kardashians' berakhir selepas 20 musim
Bintang popular, Kim Kardashian West menerusi satu entri di laman Instagram rasminya pada Rabu berkata keputusan untuk menamatkan rancangan terbitan E! tersebut dibuat ahli keluarga Kardashian-Jenner.
Penyanyi rap Kanye West rebut jawatan Presiden Amerika?
West pernah beberapa kali bercakap tentang mahu mencalonkan dirinya sebagai presiden sebelum ini.