DUNIA
Kira-kira 1,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di Turkiye

Hampir 1,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan selamat dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada Sabtu. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Kira-kira 1,000 penduduk dipindahkan dan banyak rumah musnah selepas dua kebakaran hutan berlaku di wilayah Canakkale, barat laut Turkiye pada Jumaat, menurut pihak berkuasa pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menteri Alam Sekitar, Pembandaran dan Perubahan Iklim, Murat Kurum berkata di platform media sosial X bahawa pasukan telah memulakan penilaian kerosakan dan mendapati 43 bangunan di perkampungan Sacakli terjejas teruk atau musnah manakala pemeriksaan di kampung-kampung lain masih dijalankan.
Menteri Pertanian dan Perhutanan Ibrahim Yumakli menyatakan bahawa hampir 1,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan selamat dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada Sabtu.
Kebakaran itu juga menyebabkan gangguan sementara kepada trafik udara dan maritim di Selat Dardanelles.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami