INTERNATIONAL
Kira-kira 80,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah berikutan serangan Israel

UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza. - X UNRWA
AGENSI Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang telah melarikan diri dari Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei.
Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.
"Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.
"Penderitaan dialami keluarga-keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat yang selamat. Kita perlukan gencatan senjata," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami