Klinik pergigian di Perancis dibuka semula namun hanya dengan janji temu yang dibuat terlebih dahulu.

Pembukaan semula itu selepas kerajaan negara itu mula melonggarkan sekatan pada Isnin.

Bagaimanapun, untuk menggerakkan semula perniagaan merupakan cabaran paling besar buat pemain industri terutamanya bagi lebih daripada 40,000 doktor gigi di Perancis, yang merupakan antara kumpulan profesional kesihatan yang berisiko tinggi.

Langkah berjaga-jaga tambahan perlu diambil bagi melindungi mereka yang berada dalam profesion pergigian kerana COVID-19 mudah disebar menerusi titisan pernafasan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO sebelum ini memberi amaran kepada pekerja perubatan seperti doktor gigi untuk berhati-hati ketika melakukan prosedur penghasil aerosol yang meningkatkan kemungkinan jangkitan dan mengesyorkan topeng muka yang khusus.

Sehingga hari Rabu, Perancis telah melaporkan sekurang-kurangnya 140,227 jangkitan dengan 26,991 kematian.