awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster penyakit Legionnaires' di New York cecah lebih 100 kes, empat kematian disahkan

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2025
00:50 MYT
Kluster penyakit Legionnaires' di New York cecah lebih 100 kes, empat kematian disahkan
Penyakit Legionnaires' ialah sejenis pneumonia yang boleh menyebabkan batuk, demam, sakit otot dan sesak nafas. - Foto AP
NEW YORK: Kluster penyakit Legionnaires' di Central Harlem, New York City, kini mencatat lebih 100 kes dengan empat kematian, menurut Jabatan Kesihatan Bandaraya New York.

Ringkasan AI
  • 101 kes disahkan di Central Harlem, termasuk 4 kematian - 17 masih dirawat di hospital, kebanyakan mangsa warga emas dan berisiko tinggi.
  • 12 menara penyejuk bangunan diuji positif bakteria Legionella, dipercayai punca jangkitan - 11 telah dinyahcemar, satu lagi dijadual selesai Isnin.
  • Pihak berkuasa sahkan air paip selamat digunakan, tetapi penduduk di lima kod pos diminta segera berjumpa doktor jika alami simptom seperti batuk dan demam.

Serangan bakteria Legionella ini dipercayai berpunca daripada menara penyejuk bangunan yang tercemar.
Setakat Ahad, sebanyak 101 kes telah disahkan, termasuk 17 individu yang masih dirawat di hospital.
Menara penyejuk di 12 bangunan, termasuk Hospital Harlem dan beberapa premis milik kerajaan, diuji positif bagi bakteria Legionella - yang boleh merebak melalui wap air dari sistem penyejukan bangunan.
Datuk Bandar Eric Adams mengesahkan bahawa 11 daripada 12 menara telah selesai proses nyahcemar, manakala satu lagi dijadualkan selesai pada Isnin.
Beliau menegaskan bahawa sistem paip air bangunan tidak terjejas dan penduduk masih boleh minum, mandi dan memasak seperti biasa.
Penyakit Legionnaires' ialah sejenis pneumonia yang boleh menyebabkan batuk, demam, sakit otot dan sesak nafas.
Ia tidak berjangkit dari manusia ke manusia, tetapi boleh merebak melalui udara yang mengandungi wap air tercemar.
Golongan warga emas dan individu dengan sistem imun lemah berisiko tinggi.
Pemangku Pesuruhjaya Kesihatan, Dr Michelle Morse, berkata kadar kes baharu kini mula menurun, menandakan sumber jangkitan telah dikawal.
Beliau menggesa penduduk di kod pos 10027, 10030, 10035, 10037 dan 10039 yang mengalami simptom seperti selesema agar segera mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#bakteria Legionella
#menara penyejuk
#Hospital Harlem
#Eric Adams
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan