awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolej Pengajian Islam Singapura tawar program ijazah sarjana muda sepenuh masa

Bernama
Bernama
10/11/2024
21:00 MYT
Kolej Pengajian Islam Singapura tawar program ijazah sarjana muda sepenuh masa
Lawrence Wong berkata, pelajar boleh memilih untuk mengambil jurusan dalam Pengajian Islam atau Sains Kemasyarakatan. - Gambar fail
SINGAPURA: Kolej Pengajian Islam Singapura yang bakal ditubuhkan akan menawarkan program ijazah sarjana muda sepenuh masa dalam Pengajian Islam dan Sains Kemasyarakatan, dengan kerjasama institusi tempatan dan antarabangsa.
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata, untuk laluan Sains Kemasyarakatan, SCIS akan bekerjasama dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura, manakala untuk laluan Pengajian Islam, rakan kongsinya ialah Dar al-Ifta di Mesir, Universiti Jordan dan Al-Qarawiyyin di Maghribi.
"Pemimpin institusi ini, serta universiti lain seperti Al-Azhar di Mesir, telah menyatakan sokongan mereka terhadap SCIS. Malah, mereka akan menganggotai panel penasihatnya, menyumbang perspektif yang berharga mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat minoriti Muslim," katanya pada forum M3 pada Ahad.
Beliau berkata, pelajar boleh memilih untuk mengambil jurusan dalam Pengajian Islam atau Sains Kemasyarakatan.
Wong, yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, pendekatan dua laluan itu akan menyediakan pelajar asas pengetahuan yang kukuh untuk melayakkan mereka sebagai asatizah (guru agama), serta kemahiran praktikal untuk meneruskan kerjaya dalam bidang agama dan berkaitan, seperti kerja kemasyarakatan.
Beliau menekankan bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dengan sokongan kerajaan, telah membangunkan struktur tadbir urus untuk SCIS, dengan sebuah jawatankuasa pemandu yang diketuai oleh Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Wong berkata, penubuhan SCIS akan mengukuhkan kapasiti Singapura dalam membina dan membangunkan saluran untuk asatizah masa depan.
"Kami mahu mereka bukan sahaja memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk memberikan bimbingan agama kepada masyarakat Muslim kita, tetapi juga mempunyai pemahaman agama dalam konteks kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum seperti Singapura, dan membimbing umat Islam kita untuk memberi respons dengan keyakinan terhadap isu-isu dunia moden," tambahnya.
Kolej itu, yang pertama kali dicadangkan pada 2016, disebut sekali lagi oleh Wong dalam ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada Ogos. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kolej Pengajian Islam
#Singapura
#sarjana muda
#Lawrence Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan