awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mars mahu ambil alih Pringles, Suruhanjaya Eropah bimbang harga snek naik
MALAYSIA
Bekas pengarah JKR didakwa terima RM70,000 berkaitan projek penyenggaraan
MALAYSIA
Kabinet setuju Malaysia sertai Triti Angkasa UNCOPUOS di bawah PBB - MOSTI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

[KOLUMNIS] Boleh atau tidak Selat Hormuz ditutup?

Mohd Hazmi Mohd Rusli
Mohd Hazmi Mohd Rusli
26/06/2025
02:40 MYT
Sponsor Banner
[KOLUMNIS] Boleh atau tidak Selat Hormuz ditutup?
Kapal yang membawa muatan minyak dilihat melalui Selat Hormuz, 21 Dis 2018. - Gambar fail/REUTERS
SELAT Hormuz merupakan laluan maritim strategik yang menghubungkan Teluk Parsi ke Laut Arab dan seterusnya ke perairan antarabangsa, berbatasan langsung dengan Oman dan Iran. Dianggarkan hampir 20 peratus daripada bekalan minyak mentah dunia melalui selat ini setiap hari. Maka tidak hairanlah sekiranya Selat Hormuz menjadi tumpuan geopolitik yang sensitif.
Persoalan yang sering timbul ialah bolehkah Iran secara sah menutup Selat Hormuz kepada kapal asing, khususnya ketika ketegangan serantau meningkat.
Transit passage dan Undang Undang Laut
Menurut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Undang Undang Laut 1982 (UNCLOS), Selat Hormuz dikategorikan sebagai selat yang digunakan untuk pelayaran antarabangsa. Justeru, ia tertakluk kepada rejim transit passage di bawah Artikel 38 dan 44 konvensyen tersebut. Rejim ini membenarkan semua kapal dan pesawat termasuk kapal perang untuk melalui selat tersebut secara terus dan pantas tanpa perlu kebenaran negara pesisir selagi tidak mengancam keselamatan mereka.
Lebih penting, hak laluan ini tidak boleh digantung walaupun ketika konflik. Ini ditegaskan dalam Artikel 44 UNCLOS.
Hal ini bukan sahaja terpakai kepada Iran, malah turut terpakai kepada negara negara seperti Malaysia dan Indonesia yang memiliki kedaulatan dan hak berdaulat ke atas Selat Melaka dan Malaysia, Indonesia dan Singapura yang memiliki kedaulatan ke atas Selat Singapura. Ketiga tiga negara ini juga tidak boleh secara unilateral menutup Selat Melaka kepada pelayaran antarabangsa kerana selat tersebut tertakluk kepada prinsip yang sama.
Status Iran dalam Konvensyen Undang Undang Laut
Walaupun Oman dan Iran merupakan negara pesisir Selat Hormuz, akan tetapi Iran bukanlah negara anggota UNCLOS.
Walau bagaimanapun, prinsip transit passage telah diterima sebagai sebahagian daripada undang undang antarabangsa biasa. Ini bermakna meskipun Iran tidak menandatangani konvensyen ini, ia tetap tertakluk kepada prinsip tersebut secara am.
Bila Iran Boleh Bertindak
Iran hanya boleh menyekat pelayaran jika ia berada dalam situasi konflik bersenjata antarabangsa yang sah, contohnya jika terlibat secara rasmi dalam peperangan. Dalam kes ini, undang undang kemanusiaan antarabangsa terpakai, yang membolehkan negara pesisir mengambil langkah langkah ketenteraan terhadap kapal musuh termasuk pemintasan tetapi bukan terhadap kapal negara berkecuali.
Namun, setakat ini, Iran tidak secara rasmi diisytiharkan berperang dengan mana mana negara walaupun konflik bersenjata antarabangsa telahpun bermula ke atas Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar.
Penutupan Selat Hormuz secara unilateral akan dianggap melanggar undang undang antarabangsa dan boleh mencetuskan tindak balas ketenteraan atau sekatan ekonomi oleh kuasa kuasa besar dunia.
Kesimpulan
Dari perspektif undang undang antarabangsa, Iran tidak mempunyai hak mutlak untuk menutup Selat Hormuz kepada kapal kapal asing secara sepihak. Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi prinsip transit passage tetapi juga boleh dianggap sebagai ancaman kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Apa pun, ketegangan di Selat Hormuz bukan sekadar isu perundangan tetapi mencerminkan persimpangan antara kedaulatan, geopolitik dan undang undang antarabangsa yang terus mencabar dunia hari ini.

* Penulis ialah Ketua Penyelidik, International Law Unit, Universiti Sains Islam Malaysia
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan bidangnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Selat Hormuz
#maritim
#kapal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami