Skip to main content

Malaysia

Pelancong Malaysia ke India wajib mohon kad ketibaan dalam talian

71769695147_DelhiAirport.jpg
Rakyat Malaysia yang melancong ke India diwajibkan memohon dan mengemukakan kad ketibaan dalam talian atau e-Arrival Card sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke India diwajibkan memohon dan mengemukakan kad ketibaan dalam talian atau e-Arrival Card sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.

Menurut pengumuman yang dimuat naik di akaun media sosial Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, keperluan itu terpakai kepada semua warganegara Malaysia termasuk pemegang kad Overseas Citizen of India (OCI).

Advertisement

Permohonan kad ketibaan itu boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal Kerajaan India di indianvisaonline.gov.in/earrival/.

Pengembara juga dinasihatkan supaya menyimpan salinan pengesahan e-Arrival Card sama ada dalam bentuk digital atau bercetak, serta mengambil maklum bahawa keperluan ini adalah tambahan kepada visa dan dokumen perjalanan yang sah.

Suruhanjaya Tinggi itu memaklumkan rakyat Malaysia digesa supaya menyemak peraturan perjalanan terkini sebelum berlepas serta merujuk pihak berkuasa India yang berkaitan bagi mendapatkan garis panduan terkini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video