Skip to main content

Malaysia

Perpustakaan negara perkenal dua inisiatif perkhidmatan digital

Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia terus memperkukuh agenda pendigitalan perkhidmatan awam dengan memperkenalkan dua inisiatif utama, iaitu Quickbook2U@PNM dan Sistem Pengurusan Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel), bagi memudahkan urusan rakyat serta memperluas akses kepada bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan. _FB Aaron Ago Dagang
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan dua inisiatif perkhidmatan digital iaitu sistem Quickbook2U@PNM dan Sistem Pengurusan Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel). - Foto Facebook Aaron Ago Dagang

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan dua inisiatif perkhidmatan digital iaitu sistem Quickbook2U@PNM dan Sistem Pengurusan Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel).

Dalam kenyataan hari ini, KPN memaklumkan inisiatif itu diperkenalkan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan usaha memudahkan urusan rakyat, pembudayaan ilmu serta meningkatkan akses kepada bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, Quickbook2U@PNM membolehkan pengguna menempah buku secara dalam talian tanpa perlu hadir ke perpustakaan secara fizikal. 

Melalui sistem berkenaan pengguna boleh mengakses koleksi bahan bacaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, di samping menikmati kemudahan penghantaran terus ke lokasi mereka. 

QuickKarel pula adalah platform digital yang memudahkan orang ramai membuat tempahan ruang sewaan secara dalam talian dengan lebih pantas, sistematik dan efisien.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata kedua-dua sistem itu mencerminkan komitmen berterusan KPN dalam memodenkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan hasrat membudayakan inovasi digital serta memperluas akses kepada ilmu dan kemudahan perpustakaan. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video