awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti antarabangsa perlu bantu redakan ketegangan Palestin-Israel - China

Bernama
Bernama
12/10/2023
08:21 MYT
Komuniti antarabangsa perlu bantu redakan ketegangan Palestin-Israel - China
China telah meningkatkan usaha diplomasi berhubung konflik itu pada Rabu, menghubungi Pihak Berkuasa Palestin dalam usaha untuk memudahkan gencatan senjata. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Masyarakat antarabangsa perlu bersama-sama memainkan peranan yang berkesan dalam meredakan konflik Palestin-Israel, kata Kuasa Usaha Kedutaan China ke Malaysia, Zheng Xuefang.
Beliau berkata China akan terus bekerja tanpa henti dengan masyarakat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian damai antara Palestin dan Israel.
"Untuk mencapai matlamat ini, adalah penting untuk memulakan semula rundingan damai, melaksanakan penyelesaian dua negara dan menyelesaikan soal Palestin sepenuhnya dan sewajarnya menerusi kaedah politik secepat mungkin untuk menjaga kepentingan sah setiap pihak," katanya dalam sidang media mengenai kertas putih China 'A Global Community of Shared Future', di sini Khamis.
Zheng juga menyuarakan kebimbangan mendalam China terhadap peningkatan ketegangan dan keganasan terkini antara kedua-dua pihak. Beliau juga mengutuk tindakan mencederakan orang awam.
"Kami menentang sebarang tindakan yang boleh meningkatkan konflik dan menjejaskan kestabilan rantau ini dan berharap pergolakan akan terhenti dan keamanan akan kembali tidak lama lagi," katanya.
Menurut laporan media, China telah meningkatkan usaha diplomasi berhubung konflik itu pada Rabu, menghubungi Pihak Berkuasa Palestin dalam usaha untuk memudahkan gencatan senjata.
Peningkatan keganasan antara Israel-Palestin sejak 7 Okt telah menyebabkan banyak nyawa terkorban membabitkan kedua-dua pihak.
Lebih 2,400 nyawa terbunuh setakat ini, termasuk sekurang-kurangnya 1,100 rakyat Palestin dan 1,300 warga Israel, manakala ribuan lagi cedera.
Lebih 338,000 orang di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka ekoran beribu-ribu kediaman, institusi awam dan infrastruktur telah dimusnahkan oleh Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#China
#masyarakat antarabangsa
#Zheng Xuefang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan