awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Afghanistan: G7 setuju 'peta jalan' berinteraksi dengan Taliban

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2021
00:52 MYT
Konflik Afghanistan: G7 setuju 'peta jalan' berinteraksi dengan Taliban
Anggota tentera membuat persiapan untuk menerima warga Afghanistan yang dijangka tiba, di pangkalan tentera udara Brize Norton, England, 24 Ogos, 2021. (Foto AP)
NEGARA anggota Kumpulan Tujuh (G7) bersetuju dengan satu 'peta dasar' (road map) mengenai bagaimana untuk berunding dengan Taliban.
Menurut Perdana Menteri Britain Boris Johnson, persetujuan itu dicapai selepas satu mesyuarat dengan pemimpin G7 yang lain.
Kumpulan itu mengadakan pertemuan secara maya pada Selasa, membincangkan krisis Afghanistan.
Ia diadakan susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan, yang menurut Presiden Joe Biden, akan selesai sepenuhnya pada 31 Ogos ini.
Pemimpin G7 bimbang dengan cara Biden mengendalikan isu berhubung perang di negara itu.
Aduan antara lain diterima dari Britain, Perancis dan Jerman.
"Syarat utama yang kita tetapkan sebagai G7 adalah, mereka harus pastikan perjalanan yang selamat untuk pihak yang ingin keluar dari negara itu, sampailah 31 Ogos dan seterusnya," kata Johnson.
Katanya, beliau harap, pihak Taliban akan sedar dan mahu bekerjasama dengan negara-negara G7 dengan membenarkan mereka yang ingin meninggalkan negara itu berbuat demikian.
Baru-baru ini, Biden mendedahkan, tentera AS akan kekal berada di Afghanistan melebihi tarikh akhir pengundurannya bagi membantu proses pemindahan keluar warganya.
Sementara itu, di Afghanistan, ketika orang ramai terus dibawa keluar dari negara itu, Pengarah CIA William Burns mengunjungi Kabul pada Isnin untuk bertemu dengan Abdul Ghani Baradar, pemimpin politik terkemuka Taliban.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#negara G7
#bawa keluar dari Afghanistan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan