DUNIA
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran sekali lagi agar AS tidak campur tangan

Konflik semakin memuncak selepas Israel menyerang kemudahan nuklear Iran, dengan kedua-dua pihak meningkatkan retorik dan tindakan ketenteraan. - Foto Reuters
TEHERAN: Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, sekali lagi memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak campur tangan secara langsung dalam konflik Iran-Israel yang semakin meruncing.
Ringkasan AI
- Iran beri amaran keras kepada AS agar tidak campur tangan dalam konflik Iran-Israel, sambil menegaskan kesediaan bertindak jika diceroboh, meskipun tidak berniat meluaskan ketegangan.
- Israel menuduh Iran melancarkan peluru berpandu ke Hospital Soroka di Beer Sheva, mengakibatkan kerosakan besar; Netanyahu berikrar membalas tindakan tersebut secara tegas.
- Konflik semakin memuncak selepas Israel menyerang kemudahan nuklear Iran, dengan kedua-dua pihak meningkatkan retorik dan tindakan ketenteraan di tengah kebimbangan campur tangan kuasa luar.
Iran sebelum ini telah beberapa kali memberi amaran kepada kuasa-kuasa luar agar tidak mencetuskan ketegangan di rantau tersebut, sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap kestabilan serantau.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini memberi amaran bahawa Iran akan menerima balasan susulan serangan peluru berpandu di Hospital Soroka di Be’er Sheva, selatan Israel.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X, Netanyahu berkata, pihak Iran telah melancarkan peluru berpandu ke arah Hospital Soroka di Be’er Sheva dan ke kawasan orang awam dan pihaknya akan memastikan mereka di Teheran menerima akibatnya.
Hospital Soroka, yang merupakan pusat perubatan terbesar di selatan Israel menempatkan lebih 1,000 katil mengalami kerosakan besar akibat serangan tersebut.
Serangan ini berlaku ketika ketegangan antara Israel dan Iran semakin memuncak, dengan Israel turut melancarkan serangan udara ke atas kemudahan nuklear Iran di Arak dan Natanz. -- Agensi

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami