Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat, krisis bekalan global antara tumpuan utama AEMM di Brunei

BANDAR SERI BENGAWAN, April 25 -- Preparations are underway for the 25th ASEAN–European Union (EU) Ministerial Meeting (AEMM) at the International Convention Center (ICC) Brunei today.  The two-day conference, which begins this Monday, brings together delegates from 28 ASEAN and European Union countries, along with international media coverage, including representatives from Malaysia’s Bernama and RTM.  --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Mesyuarat dwitahunan itu dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa termasuk konflik Israel-Palestin dan Rusia-Ukraine. - Bernama

BANDAR SERI BEGAWAN: Konflik di Asia Barat dan krisis bekalan global dijangka menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) ke-25 yang bermula di sini pada Isnin (27 April).

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan berkata mesyuarat dwitahunan itu dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa termasuk konflik Israel-Palestin dan Rusia-Ukraine.

Advertisement

“Sidang mesyuarat kali ini dijangka memberi ruang dan peluang kepada barisan menteri-menteri luar daripada ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) untuk bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya kepada media Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei di sini pada Ahad.

Beliau menambah bahawa mesyuarat selama dua hari itu itu juga memberi ruang untuk meneroka cadangan aktiviti  untuk dilaksanakan semasa sambutan ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-EU pada tahun 2027.

Mohd Aini berkata mesyuarat kali ini dijangka menerima pakai Kenyataan Bersama Menteri ASEAN-EU yang antara lain akan memberi penekanan kepada kepentingan Kepusatan ASEAN  dan memperkukuh komitmen kerjasama merentasi tiga tonggak Komuniti ASEAN selaras dengan Visi Komuniti ASEAN 2045.

Selain itu, beliau berkata AEMM kali ini akan menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-EU 2023-2027 serta menetapkan hala tuju kerjasama strategik pada masa hadapan.

Beliau berkata penganjuran kali ini dipengerusikan bersama oleh Brunei yang bertindak sebagai tuan rumah merangkap Negara Penyelaras  bagi Hubungan Dialog ASEAN-EU bagi tempoh 2024 hingga 2027.

Sementara itu, Mohamad juga dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari negara ASEAN dan EU di luar persidangan AEMM bagi membincangkan isu berkepentingan bersama.

"Penglibatan aktif Menteri Luar mencerminkan keutamaan tinggi yang diletakkan Malaysia kepada platform ASEAN sebagai satu daripada teras utama dasar luar negara," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video