awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Dua insiden tembakan: Polis perkukuh kawalan, keselamatan di ibu negara terkawal - KPN
DUNIA
Bekas Presiden Argentina jalani hukuman penjara 6 tahun bawah tahanan rumah
DUNIA
Bekas Senator AS mulakan hukuman penjara 11 tahun kerana jadi ejen, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Iran-Israel: Gambaran 'new Middle East' jadi permulaan perang - IRIS Institute

Asyraf Malik
Asyraf Malik
14/06/2025
11:01 MYT
Konflik Iran-Israel: Gambaran 'new Middle East' jadi permulaan perang - IRIS Institute
Langit malam Tehran, Iran menjadi terang susulan serangan udara Israel pada 13 Jun. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Serangan Israel ke atas Iran pada Jumaat dilihat merupakan sebahagian pelan induk rejim Zionis untuk membentuk semula geopolitik Asia Barat baharu yang memihak kepada negara haram Yahudi berkenaan.

Ringkasan AI
  • Serangan Israel dan perubahan geopolitik: Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim, berpendapat serangan Israel ke atas Iran bertujuan melemahkan kepimpinan Iran dan membentuk semula geopolitik Timur Tengah yang memihak kepada Israel.
  • Amerika Syarikat dan tekanan terhadap Iran: Syed Ahmad Israa mendakwa ugutan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, terhadap Iran berhubung perjanjian nuklear sebenarnya bertujuan menundukkan Iran agar mengikuti kehendak Amerika dalam pelbagai aspek.
  • Kesan serangan terhadap Iran: Menurut Wakil Tetap Iran ke PBB, serangan Israel ke atas Tehran telah mengorbankan 78 nyawa termasuk pegawai tertinggi tentera, manakala 320 lagi cedera.

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, Iran mempunyai pengaruh luas, justeru tidak secocok dengan sudut pandang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
"Netanyahu mahukan new Middle East, maka pertama sekali perlu dilenyapkan kedudukan kuasa Iran dalam peta Asia Barat, sebab Iran ini mempunyai banyak proksi seperti Houthi di Yaman dan Hezbollah di Lubnan.
"Israel harus menghapuskan saingan serantau untuk menjadi paksi kuasa di Asia Barat, melalui serangan ini rejim Zionis sedang cuba mengubah acuan pentadbiran Iran, iaitu melemahkan kepimpinannya.
"Satu-persatu orang penting di dalam Iran seperti komander dan saintis dibunuh, membuka jalan untuk Israel mendapatkan reka bentuk Asia Barat diingini," ujar Syed Ahmad Israa' dalam temu bual bersama Astro AWANI.
Iran-Israel berbalas serangan, prelud perang lebih besar?
[TERKINI] Apa yang kita tahu mengenai serangan balas Iran ke atas Israel
Seterusnya, mengulas ugutan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk Iran akur dengan perjanjian nuklear, Syed Ahmad Israa' berkata ada perkara lain di sebalik tabir.
"Isu nuklear bukan sebab utama Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
"Kenyataan Trump itu untuk menunjukkan sokongan terhadap Israel, sekali gus menundukkan Iran bagi menuruti permintaan Amerika Syarikat dalam segenap aspek, tidak terhad kepada rundingan nuklear," jelasnya.
Sementara itu, menurut Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sa'eed Iravani, serangan Israel ke atas Tehran, Iran setakat ini telah meragut 78 nyawa termasuk pegawai tertinggi tentera manakala 320 lagi cedera.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#IRIS Institute
#new Middle East
#geopolitik asia barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami