awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
14 lelaki didenda RM5,000 seorang, curi kabel TM bernilai lebih RM10,000
MALAYSIA
Semangat membaca perlu dihidupkan semula, angkat martabat bangsa - PM
MALAYSIA
SPRM N.Sembilan reman lima individu disyaki kemuka dokumen butiran palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Dua insiden tembakan: Polis perkukuh kawalan, keselamatan di ibu negara terkawal - KPN

Bernama
Bernama
18/06/2025
08:30 MYT
Dua insiden tembakan: Polis perkukuh kawalan, keselamatan di ibu negara terkawal - KPN
Razarudin berkata kedua-dua kejadian dipercayai berpunca daripada perseteruan antara suspek dan mangsa serta mempunyai motif tertentu, dan bukannya melibatkan tembakan rambang. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman meskipun dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di Brickfields dan Cheras dalam tempoh empat hari.

Ringkasan AI
  • Polis memberi jaminan bahawa keselamatan di Kuala Lumpur masih terkawal walaupun berlaku dua insiden tembakan di Brickfields dan Cheras dalam tempoh empat hari.
  • Kedua-dua kejadian dipercayai berpunca daripada konflik peribadi dan jenayah terancang, bukan tembakan rambang, dengan satu kes dikaitkan dengan penyeludupan di Sibu dan satu lagi konflik jenayah di Selangor.
  • Polis telah meningkatkan kawalan dan operasi keselamatan serta menggesa orang awam untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dan menjaga ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua kejadian dipercayai berpunca daripada perseteruan antara suspek dan mangsa serta mempunyai motif tertentu, dan bukannya melibatkan tembakan rambang.
"Seperti yang dinyatakan Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Rusdi Mohd Isa), kejadian tersebut melibatkan sasaran tertentu dan ia berlaku akibat konflik yang tercetus di luar kawasan ibu negara.
"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana keselamatan di sekitar Kuala Lumpur masih terkawal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Razarudin berkata susulan kejadian itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah meningkatkan kawalan dan operasi bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.
"Kuala Lumpur masih selamat dan polis akan terus memastikan keselamatan masyarakat terjamin. Kita turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mengetahui tentang kegiatan yang mencurigakan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua kejadian tembakan berasingan dalam tempoh empat hari dipercayai berpunca daripada perselisihan lampau antara suspek dan mangsa.
Dalam kejadian di Jalan Loke Yew, Cheras lewat malam semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur berkata ia dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan di Sibu, Sarawak, manakala kes di Brickfields yang berlaku Jumaat lalu pula dipercayai berkaitan konflik jenayah di Selangor.
Dalam insiden yang berlaku di Cheras, dua lelaki warga tempatan maut ditembak sekumpulan lelaki memakai topeng ski hitam di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Loke Yew. Sementara itu, dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields pada 14 Jun lalu, seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera akibat ditembak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#dua insiden tembakan
#Brickfields dan Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami