awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pemandu treler dipenjara 8 tahun, denda RM80,000 sebabkan kematian satu keluarga
MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: 'Setiap malam saya menangis, dihantui mimpi buruk'
MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Mangsa nahas alami cacat kekal - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Bekas Senator AS mulakan hukuman penjara 11 tahun kerana jadi ejen, rasuah

Bernama
Bernama
18/06/2025
08:20 MYT
Bekas Senator AS mulakan hukuman penjara 11 tahun kerana jadi ejen, rasuah
Menendez disabitkan kerana menggunakan pengaruhnya untuk melindungi pemilik perniagaan, membantu urusan dengan pihak asing, dan menyokong akses bantuan ketenteraan AS kepada Mesir bernilai US$300 juta. - Gambar/ AP
NEW YORK: Bekas Senator Amerika Syarikat (AS) Bob Menendez dari Parti Demokrat New Jersey, pada Selasa mula menjalani hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan menerima rasuah dalam bentuk jongkong emas dan wang tunai serta bertindak sebagai ejen Mesir, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Bekas Senator AS Bob Menendez dijatuhi hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan rasuah dan bertindak sebagai ejen Mesir, termasuk menerima jongkong emas, wang tunai dan kereta mewah.
  • Menendez disabitkan kerana menggunakan pengaruhnya untuk melindungi pemilik perniagaan, membantu urusan dengan pihak asing, dan menyokong akses bantuan ketenteraan AS kepada Mesir bernilai US$300 juta.
  • Beliau kini ditahan di Institusi Pemulihan Persekutuan Schuylkill, dan dijangka ditempatkan di kem keselamatan minimum kerana jenayah kolar putih.

Biro Penjara Persekutuan mengesahkan bahawa Menendez kini ditahan di Institusi Pemulihan Persekutuan Schuylkill di Minersville, Pennsylvania.
Associated Press melaporkan bahawa memandangkan jenayahnya diklasifikasikan sebagai jenayah kolar putih, Menendez berkemungkinan besar akan ditempatkan di kem keselamatan minimum.
Menendez meletak jawatan tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan menggunakan pengaruhnya untuk menerima sogokan.
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menemui wang tunai berjumlah US$480,000 di kediamannya, sebahagiannya disorok dalam but dan poket jaket bersama jongkong emas dianggarkan bernilai US$150,000 dan sebuah kereta mewah di dalam garaj.
Menurut pihak pendakwa, sebagai balasan kepada sogokan itu, Menendez melakukan pelbagai tindakan rasuah termasuk melindungi beberapa pemilik perniagaan di New Jersey daripada siasatan jenayah, membantu urusan perniagaan mereka dengan pihak asing dan bertemu pegawai perisikan Mesir sebelum membantu negara itu mendapatkan akses kepada bantuan ketenteraan AS bernilai US$300 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Senator AS
#kes rasuah
#ejen Mesir
#Bob Menendez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami