DUNIA
Konflik Iran-Israel:Tel Aviv dan Haifa jadi sasaran serangan Iran

Menurut perkhidmatan ambulans Israel, sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan cedera dalam siri serangan yang turut menyasarkan Tel Aviv dan Haifa.- Gambar/ Reuters
NES ZIONA: Pasukan keselamatan dan anggota Komando Barisan Hadapan Israel memeriksa kerosakan di lokasi yang terjejas akibat serangan peluru berpandu Iran di bandar Nes Ziona, beberapa jam selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran.
Menurut perkhidmatan ambulans Israel, sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan cedera dalam siri serangan yang turut menyasarkan Tel Aviv dan Haifa.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam satu kenyataan lewat malam Sabtu, mengesahkan bahawa serangan udara telah dilancarkan ke atas kemudahan nuklear Fordow, Natanz dan Isfahan di Iran.
Beliau turut memberi amaran kepada Tehran bahawa serangan lebih dahsyat akan menyusul sekiranya Iran enggan menerima tawaran berdamai.Iran turut menyifatkan tindakan Amerika Syarikat memulakan perang berbahaya dan berikrar akan bertindak balas.
Sementara itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dijangka mengadakan mesyuarat tergempar esok berikutan kebimbangan terhadap kebocoran radiologi di tapak nuklear yang diserang.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami