awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pilih jalan darat kerana lebih selamat, biarpun jarak lebih 1,000km - Duta Malaysia ke Iran
MALAYSIA
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara - PM Anwar
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kepemimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN diiktiraf negara serantau - Abang Johari

Bernama
Bernama
22/06/2025
14:49 MYT
Kepemimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN diiktiraf negara serantau - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai Peringkat Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet atas kejayaan mengangkat nama Malaysia dalam mempengerusikan ASEAN tahun ini.

Ringkasan AI
  • Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan Malaysia mempengerusikan ASEAN dan mendapat pengiktirafan serantau.
  • Beliau menyatakan komitmen Sarawak untuk menjayakan projek ASEAN Grid dengan sokongan ADB, menjadikan Sarawak hab tenaga utama rantau ini.
  • Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di majlis Gawai Dayak mencerminkan hubungan erat antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Beliau berkata kepemimpinan Malaysia di peringkat serantau telah mendapat pengiktirafan daripada negara ASEAN serta rakan luar ASEAN yang menghargai pendekatan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama yang hidup dalam keharmonian.
"Kita telah nampak beberapa pengiktirafan yang diberi oleh rakan-rakan ASEAN yang melihat bagaimana kita membangunkan negara kita yang berbilang kaum dan agama tetapi hidup di bawah satu bumbung sebagai satu keluarga besar.
"Dalam hal ini kita di Sarawak sudah tentu memberi sokongan ke arah meletakkan Malaysia sebagai negara yang dihormati oleh dunia pada hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini.
Turut hadir Anwar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
Menerusi sokongan Bank Pembangunan Asia (ADB), Abang Johari berkata kerajaan negeri komited dalam menzahirkan projek ASEAN Grid yang berpotensi besar sekali gus membolehkan Sarawak memainkan peranan strategik sebagai hab tenaga utama di rantau ini.
"Saya telah bincang dengan Perdana Menteri tadi, satu perbincangan ringkas dan saya harap satu daripada strategi yang kami terima pakai akan merealisasikan visi untuk mempunyai ASEAN Grid yang akan memberikan satu lonjakan pembangunan ekonomi kepada ASEAN, lebih-lebih lagi dari sudut sumbangan oleh Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kehadiran Anwar dan Zahid di majlis itu mencerminkan hubungan erat antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.
"Sebenarnya saya dimaklumkan malam ini ada acara lain yang harus dihadiri oleh Perdana Menteri. Tetapi dia kata, 'tidak, saya mahu ke Sarawak'...ini melambangkan tali persaudaraan yang erat," katanya.
Bertemakan 'Peji Kenep Panau Pegep' yang bermaksud 'bersatu kita maju' dalam bahasa etnik Kayan, majlis berkenaan diserikan dengan persembahan tradisional daripada kaum Orang Ulu, Bidayuh dan Iban.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi jawatankuasa induk sambutan dan barisan kabinet menteri negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Pengerusi ASEAN
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami