awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memanah Piala Asia: Ketenangan bantu trio compound wanita rangkul emas

Astro Arena
Astro Arena
22/06/2025
15:09 MYT
Memanah Piala Asia: Ketenangan bantu trio compound wanita rangkul emas
Trio compound wanita menampilkan aksi cemerlang dengan menundukkan India dalam penentuan shoot-off dengan mencatat 29 berbanding 26 mata. - StadiumAstro.com
PASUKAN memanah wanita negara yang mengharumkan nama Malaysia dalam Siri Dua Kejohanan Piala Asia di Singapura selamat pulang ke Tanah Air hari ini.
Trio compound wanita yang ditunjangi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Ng Sui Kim dan Saritha Cham Nong menampilkan aksi cemerlang dengan menundukkan India dalam penentuan shoot-off dengan mencatat 29 berbanding 26 mata untuk merangkul pingat emas pertama negara.
Sementara itu, pasukan compound lelaki dan pasukan recurve wanita juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara berpasukan.
Wakil negara menyatakan rasa syukur namun mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki bagi memberikan yang terbaik di pertandingan akan datang.
"Ia menjadi pentas untuk kami menahan tekanan," Saritha Cham Nong.
"Percubaan terakhir saya berhasil untuk memenangi pingat emas," kata Ng Sui Kim.
Prestasi mereka turut diserikan dengan tiga rekod kebangsaan.
Ariana Nur Diana Mohamad Zairi yang memecah dua rekod dalam acara individu recurve wanita, 70 meter dan double 70 meter.
"Ia akan menyemarakkan semangat kami untuk beraksi lebih baik.
"Saya tidak jangka pecah rekod selepas sedikit merundum selepas Sukan Olimpik Paris.
"Selepas itu saya kembali mendapat momentum untuk pecah dua rekod," katanya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#pasukan memanah wanita
#Kejohanan Piala Asia
#Singapura
#pingat emas
#trio compound wanita
#memanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan