Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengulas mengenai konflik Asia Barat di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Rabu.

Trump mencadangkan penyelesaian dua negara buat Palestin dan Israel.

Trump yang jelas menyokong rejim Yahudi apabila memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis berkata, beliau melihat perkembangan postif dalam konflik itu.

"Saya suka penyelesaian dua negara" kata Trump, yang menyokong penuh pelan itu, sambil menambah, ia merupakan pelan terbaik.

BACA: Trump rasmi Kedutaan AS guna sidang video

Beliau berkata, mereka perlu menggerakkan usaha ke arah itu dan perjanjian yang adil perlu bagi kedua-dua pihak.