awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Aset rizab rasmi Malaysia AS$119.59 bilion pada akhir Mei 2025 - BNM
MALAYSIA
Malaysia kuat kuasakan sepenuhnya VEP kenderaan Singapura mulai esok
MALAYSIA
Tren pertama RTS Link hubungkan Johor Bahru dan Singapura diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Larijani dakwa Israel gagal tumbangkan Iran

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2025
00:30 MYT
Konflik Israel-Iran: Larijani dakwa Israel gagal tumbangkan Iran
Larijani dalam wawancara bersama media tempatan mendakwa bahawa Israel telah gagal mencapai matlamat utamanya untuk menumbangkan kepimpinan Iran. - Foto X/@fresh_sadegh
TEHRAN: Penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Larijani, mendakwa bahawa Israel telah gagal mencapai matlamat utamanya untuk menumbangkan kepimpinan Iran dalam konflik bersenjata selama 12 hari yang berakhir minggu lalu.
Dalam wawancara bersama media tempatan, Larijani mendedahkan bahawa Israel merancang untuk menyerang mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Iran yang dihadiri oleh ketua tiga cabang kuasa negara, termasuk Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.
“Mereka mahu lumpuhkan Iran sepenuhnya, tetapi serangan itu tidak berlaku,” katanya, sambil menyifatkan kegagalan itu sebagai bukti bahawa Israel tidak berjaya mencapai objektif strategiknya.
Larijani turut mendedahkan bahawa beliau sendiri menerima ancaman untuk meninggalkan Iran dalam masa 12 jam sebelum konflik bermula, atau berdepan nasib yang sama seperti pegawai kanan lain yang terbunuh dalam serangan udara Israel.
Walaupun kedua-dua pihak mendakwa kemenangan, penganalisis menyatakan bahawa Israel gagal memusnahkan program nuklear Iran sepenuhnya, manakala Iran pula mengalami kerugian besar dari segi nyawa dan infrastruktur ketenteraan.
Lebih 620 rakyat Iran, termasuk 20 komander kanan dan 12 saintis nuklear, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan lebih 300 lokasi di seluruh negara.
Larijani menegaskan bahawa semangat rakyat Iran tidak akan luntur dan percubaan untuk menggugat kestabilan negara hanya akan mengukuhkan lagi tekad pertahanan negara.
“Mereka gagal dari segi ketenteraan dan moral,” katanya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Ali Larijani
#Ayatollah Ali Khamenei
#serangan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami