awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
Kesihatan Abdul Hadi bertambah baik selepas jalani rawatan di IJN
DUNIA
Rusia, China, Pakistan serah draf resolusi mengenai Iran kepada UNSC
MALAYSIA
Allahyarham Juma'ani seorang wanita penyayang, lembut tutur kata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Penasihat pemimpin tertinggi Iran tegas simpanan uranium masih selamat

Bernama
Bernama
23/06/2025
01:50 MYT
Konflik Israel-Iran: Penasihat pemimpin tertinggi Iran tegas simpanan uranium masih selamat
Siaran televisyen memaparkan ucapan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, ketika konflik Israel-Iran sedang berlangsung, di Tehran, Iran, 18 Jun 2025. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Seorang penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada Ahad mengesahkan bahawa simpanan uranium yang diperkaya Iran masih utuh meskipun Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga tapak nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Walaupun tapak nuklear dimusnahkan, permainan belum tamat.
"Bahan diperkaya, pengetahuan tempatan dan tekad politik masih kekal.
"Dengan hak mempertahankan diri secara sah, inisiatif politik dan operasi kini milik pihak yang bertindak bijak dan mengelak serangan melulu. Akan ada kejutan susulan!" kata Ali Shamkhani menerusi hantaran di platform X.
Stesen penyiaran rasmi Iran, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) melaporkan bahawa kesemua lokasi yang menjadi sasaran telah dikosongkan sebelum serangan dan bahan nuklear sensitif dipindahkan ke lokasi selamat, namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan bahawa tentera AS mengebom tiga kemudahan nuklear Iran - Fordo, Natanz dan Isfahan.
Even if nuclear sites are destroyed, game isnt over, enriched materials,#indigenous_knowledge, #political_will remain. With #legitimate_defense right, political and operational initiative is now with the side that plays smart, avoids blind strikes. Surprises will continue!
— (@alishamkhani_ir) June 22, 2025
Menurut laporan, enam bom bunker-buster digugurkan ke atas kemudahan bawah tanah Fordo oleh pesawat pengebom B-2, manakala puluhan peluru berpandu jelajah dilancarkan dari kapal selam menyasarkan Natanz dan Isfahan.
Serangan itu merupakan tindakan terbaharu dalam siri serangan ketenteraan AS yang menyokong kempen ketenteraan Israel terhadap Iran sejak 13 Jun lalu, yang kemudian mendorong Tehran melancarkan serangan balas ke atas Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#Iran
#uranium
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami