awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban COVID-19 terkini di Singapura libatkan wanita berusia 84 tahun

Bernama
Bernama
27/06/2021
05:23 MYT
Korban COVID-19 terkini di Singapura libatkan wanita berusia 84 tahun
Sehingga tengah hari Sabtu, jumlah kes di Singapura adalah sebanyak 62,530. - Gambar fail
SINGAPURA: Singapura melaporkan korban COVID-19 ke-36 pada Sabtu, melibatkan wanita tempatan berusia 84 tahun, menurut Kementerian Kesihatan.
"Wanita itu disahkan positif COVID-19 pada 15 Jun, belum menerima vaksin dan mempunyai sejarah penyakit kanser, hipertensi dan hyperlipidaemia," kata kementerian malam tadi.
Dikategorikan di bawah Kes 64255, warga emas itu menjalani ujian saringan COVID-19 pada 15 Jun sebagai sebahagian ujian pengawasan komuniti untuk pengunjung ke '115 dan 116 Bukit Merah View'.
Korban terakhir dilaporkan pada 21 Jun. Sehingga tengah hari Sabtu, jumlah kes di republik ini sebanyak 62,530.
Secara keseluruhan, 62,181 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan masyarakat.
Buat masa ini terdapat 143 pesakit masih menerima rawatan di hospital, kebanyakannya stabil atau bertambah baik manakala empat lagi dirawat di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan kritikal.
Setakat ini, terdapat 39 kluster terbuka COVID-19 yang terbesar dikaitkan dengan 'kluster 115 Bukit Merah View Market Food Centre' yang kini mempunyai 89 kes disahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Kementerian Kesihatan
#warga emas
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#ujian saringan
#vaksin
#korban
#Wanita tempatan
#kluster
#pengawasan komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan