Skip to main content

Dunia

Korban nahas kereta api bertembung di Greece meningkat kepada 32 orang

41677638123_TrainCollision.jpg
ATHENS: Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 85 lagi cedera selepas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wakil Perkhidmatan Bomba, Vassilis Vathrakogiannis berkata daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan.

Sebanyak 30 ambulans telah dihantar ke tempat kejadian, katanya.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video