awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban nahas treler di Mexico meningkat kepada 55 orang

Bernama
Bernama
11/12/2021
03:37 MYT
Korban nahas treler di Mexico meningkat kepada 55 orang
Anggota keselamatan membantu mangsa kemalangan treler terbalik dekat Tuxtla Gutierrez, Chiapas, Mexico, 9 Dis 2021. (Foto AP)
MEXICO CITY: Jumlah migran Amerika Tengah yang maut dalam nahas treler di Chiapas, Mexico meningkat kepada 55 orang, kata Gabenor Rutilio Escandon pada Jumaat, lapor Xinhua.
Treler membawa lebih 150 pendatang tanpa izin itu terbalik kira-kira 3.30 petang waktu tempatan pada Khamis dalam satu kejadian di lebuh raya yang menghubungkan Tuxtla Gutierrez dengan bandar Chiapa de Corzo.
"Seorang lagi mangsa meninggal dunia hari ini," kata gabenor itu di Twitter.
Penyelaras Perlindungan Awam Mexico, Laura Velazquez Alzua yang berada di lokasi kejadian memberitahu akhbar tempatan, daripada 152 migran, seramai 73 cedera dan 24 lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
BACA: 15 maut nahas beberapa kenderaan di Mexico
Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador yang dukacita dengan kejadian itu berkata perlunya usaha untuk menangani punca penghijrahan besar-besaran untuk mengelakkan lebih banyak tragedi sama berulang.
Sementara itu, Menteri Luar Mexico,Marcelo Ebrard, berkata kementerian sedang berhubung dengan kerajaan negara asal migran tersebut termasuk Guatemala dan Ecuador serta beberapa lagi negara lain.
Pihak berkuasa berkata nahas itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal menyebabkan trak terbabas dan melanggar tembok penghadang sebelum merempuh jambatan pejalan kaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mexico
#nahas trak
#angka korban
#treler terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan