awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban runtuhan bangunan sekolah pondok Indonesia meningkat kepada 37

Bernama
Bernama
05/10/2025
05:10 MYT
Korban runtuhan bangunan sekolah pondok Indonesia meningkat kepada 37
Angka korban runtuhan bangunan Pondok Pesantren Al Khoziny di Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 37 orang, dengan 25 lagi masih hilang. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Angka korban akibat runtuhan bangunan sekolah pondok di wilayah Jawa Timur, Indonesia meningkat kepada 37 orang, lapor Xinhua pada Ahad memetik pihak berkuasa penyelamat wilayah berkenaan.

Ringkasan AI
  • Angka korban runtuhan bangunan Pondok Pesantren Al Khoziny di Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 37 orang, dengan 25 lagi masih hilang.
  • Kerja penggalian sukar dilakukan kerana mangsa tertimbus, dan penggunaan jentera berat hanya dimulakan selepas tiada tanda kehidupan dikesan.
  • Bangunan runtuh ketika kerja pengubahsuaian tanpa kebenaran dijalankan, menyebabkan puluhan pelajar terperangkap.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jawa Timur, Nanang Sigit, dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat itu berkata kerja-kerja penggalian menghadapi kesukaran kerana mangsa tertimbus di bawah runtuhan.
Kira-kira 25 lagi dilaporkan masih hilang dan angka korban dijangka terus meningkat.
Sebahagian bangunan bertingkat Pondok Pesantren Al Khoziny di daerah Sidoarjo runtuh pada Isnin ketika kerja pengubahsuaian dilakukan tanpa kebenaran, menyebabkan puluhan pelajar terperangkap.
Pasukan penyelamat mengerahkan jentera berat pada Khamis selepas tiada lagi tanda-tanda kehidupan dikesan. Sebelum itu, mereka menjalankan kerja penggalian secara manual kerana bimbang penggunaan jentera berat boleh menyebabkan runtuhan tambahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#pasukan penyelamat
#Pondok Pesantren Al Khoziny
#Sidoarjo Jawa Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan