awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif

Bernama
Bernama
24/04/2025
22:00 MYT
Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Sang Mok dan Duk Geun bertemu dengan Bessent dan Greer dalam dialog perdagangan "dua campur dua" pertama antara sekutu itu. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang dikenakan oleh pentadbiran Trump dan bertujuan untuk melindungi industri utamanya daripada duti AS selanjutnya.
Menurut agensi berita Yonhap, Menteri Kewangan Korea Selatan Choi Sang Mok dan Menteri Perdagangan Ahn Duk Geun bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer dalam dialog perdagangan "dua campur dua" pertama antara sekutu itu.
Bercakap semasa ketibaannya di Washington pada Rabu, Ahn berkata objektif Korea Selatan adalah untuk mendapatkan penghapusan tarif timbal balik dan untuk segera menangani tarif kereta AS, yang menjadi kebimbangan utama bagi ekonomi keempat terbesar Asia.
Mesyuarat itu berlangsung di Jabatan Perbendaharaan AS di ibu negara.
Hasil rundingan itu dijangka diumumkan kemudian pada Khamis.
Pentadbiran Trump mula menguatkuasakan tarif timbal balik khusus negara, termasuk duti 25 peratus, pada 9 April.
Namun, penangguhan 90 hari diperkenalkan sejurus selepas itu, memberi masa untuk rundingan. Tarif 25 peratus ke atas kereta dilaksanakan pada 3 April, dengan duti tambahan ke atas alat ganti kereta dijadualkan menyusul menjelang 3 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#choi sang mok
#Ahn Duk Geun
#Scott Bessent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan