awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, AS akan adakan rundingan perdagangan

Bernama
Bernama
20/04/2025
20:15 MYT
Korea Selatan, AS akan adakan rundingan perdagangan
Rundingan tarif itu dicadangkan oleh Washington dan kedua-dua pihak kini membincangkan butiran jadual serta agenda mesyuarat berkenaan.
SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan tarif secara format "dua campur dua" di Washington minggu ini yang melibatkan menteri kewangan dan perdagangan kedua-dua negara, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Kerajaan Seoul pada Ahad.
Menteri Kewangan Korea Selatan, Choi Sang-mok dan Menteri Perdagangan, Ahn Duk-geun akan mengetuai delegasi dari Seoul, manakala Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer akan mewakili pihak Washington, menurut kerajaan.
Kerajaan berkata, rundingan tarif itu dicadangkan oleh Washington dan kedua-dua pihak kini sedang membincangkan butiran jadual serta agenda mesyuarat berkenaan.
Pertemuan yang dirancang ini diadakan susulan keputusan Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif "timbal balik" terhadap rakan dagang termasuk Korea Selatan awal bulan ini, dengan kadar duti 25 peratus serta mengumumkan penangguhan selama 90 hari bagi memberi ruang kepada rundingan.
Sebelum langkah tarif timbal balik itu, pentadbiran Trump mengenakan tarif tinggi ke atas semua import keluli, aluminium dan kenderaan.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Korea Selatan dan Amerika Syarikat giat mengadakan perbincangan meliputi pelbagai isu perdagangan termasuk tarif, halangan bukan tarif serta kerjasama dalam sektor tenaga dan pembinaan kapal.
Pertemuan itu pada asalnya dirancang antara Choi dan Bessent bersempena lawatan Choi ke AS bagi menghadiri mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20, namun kemudiannya berkembang menjadi mesyuarat "dua campur dua" dengan penglibatan menteri perdagangan kedua-dua negara.
Washington dilaporkan memberi keutamaan kepada Korea Selatan, Britain, Australia, India dan Jepun sebagai rakan utama bagi perjanjian perdagangan baharu.
Minggu lepas, AS mengadakan rundingan tarif pertama dengan Jepun di Rumah Putih, yang turut disertai secara mengejut oleh Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Korea Selatan
#rundingan perdagangan
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan