Korea Selatan akan mempertimbang untuk menggunakan minyak rizab strategiknya jika berlaku gangguan bekalan susulan serangan dron ke atas fasiliti pemprosesan minyak di Arab Saudi, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan seorang pegawai kanan pada Selasa.
Minyak rizab gabungan yang dipegang oleh kerajaan Korea Selatan dan penapis tempatan berjumlah 200 juta tong pada 2018.
"Kerajaan akan bertindak pantas melaksanakan langkah-langkah untuk menstabilkan bekalan dan permintaan... jika berlaku gangguan bekalan minyak," kata Kim Yong Beom, naib menteri ekonomi dan kewangan dalam satu mesyuarat dengan pegawai berkaitan di pusat bandar Seoul.
Arab Saudi telah bertindak menggantung kira-kira separuh daripada pengeluaran minyaknya susulan beberapa siri serangan dron pada Sabtu yang merosakkan dua loji utama.
BACA: Serangan kilang minyak Aramco: Impak atas pasaran kewangan belum dirasai
Sekumpulan pemberontak Yaman telah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.
Arab Saudi berkata penggantungan itu akan membabitkan sejumlah 5.7 juta tong minyak mentah sehari, kira-kira lima peratus daripada pengeluaran minyak harian dunia.
Kim berkata Korea Selatan akan mencari sumber alternatif minyak import dalam rundingan dengan penapis tempatan, jika perlu.
Serangan itu, bagaimanapun, tidak akan menyebabkan sebarang gangguan besar ke atas import minyak Korea Selatan dari Arab Saudi, dan mungkin mempunyai kesan yang terhad kepada ekonomi Korea Selatan.
Arab Saudi adalah pembekal utama minyak kepada Korea Selatan.
BACA: Jika pelantar minyak Arab Saudi diserang lagi, Amerika sudah 'bersedia' - Trump
Tahun lepas, Korea Selatan mengimport sejumlah 323 juta tong minyak mentah dari Arab Saudi, yang menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan import bahan itu, menurut data Persatuan Petroleum Korea.
Kim berkata kerajaan akan memantau rapat harga minyak kerana terdapat kemungkinan bahawa situasi itu akan berlanjutan susulan ketidakstabilan di Timur Tengah.
BACA: AS keluar minyak daripada simpanan strategik - Trump
Penapis Korea Selatan telah mengimport minyak mentah Arab Saudi di bawah kontrak jangka panjang, dan Arab Saudi berjanji untuk mencegah masalah dalam pembekalan minyak mentah menerusi rizabnya.
S-Oil Corp, yang memperoleh kebanyakan minyak mentah daripada pemegang saham nombor satu Arab Saudi iaitu Aramco, berkata gangguan bekalan tidak mungkin berlaku memandangkan minyak rizab syarikat itu disimpan di beberapa negara lain seperti Belanda dan Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
Tahun lepas, Korea Selatan mengimport sejumlah 323 juta tong minyak mentah dari Arab Saudi, yang menyumbang hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan import bahan itu. - Gambar fail
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.