awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan: Buat kali pertama, pekerja 50-an lebih ramai daripada golongan 20-an

Bernama
Bernama
05/08/2025
06:00 MYT
Korea Selatan: Buat kali pertama, pekerja 50-an lebih ramai daripada golongan 20-an
Mengikut data, pekerja berusia 20-an hanya merangkumi 19.8 peratus daripada jumlah tenaga kerja di 124 firma utama Korea Selatan. - Foto Reuters
SEOUL: Syarikat-syarikat utama Korea Selatan kini menggaji lebih ramai pekerja berusia 50 tahun ke atas berbanding golongan 20-an, mencerminkan penurunan ketara dalam pengambilan pekerja muda di tengah-tengah kelembapan ekonomi, lapor agensi berita Yonhap memetik data industri.

Ringkasan AI
  • Pekerja Berusia Lebih Ramai Daripada Golongan Muda: Buat kali pertama, pekerja berusia 50 tahun ke atas melebihi pekerja berusia 20-an di syarikat utama Korea Selatan. Pekerja muda kini hanya 19.8% daripada jumlah keseluruhan.
  • Sektor Teknologi & Bateri Paling Terjejas: Industri bateri menyaksikan penurunan besar pekerja muda (9.7%) dalam 3 tahun. Sektor teknologi juga alami penurunan ketara.
  • Faktor Ekonomi & Persaraan Tertunda: Pengambilan pekerja baharu disekat kerana kelembapan ekonomi. Ramai pekerja berpengalaman memilih untuk terus bekerja, menangguhkan persaraan.

Data penjejak korporat Leaders Index menunjukkan bahawa setakat akhir 2024, pekerja berusia 20-an hanya merangkumi 19.8 peratus daripada jumlah tenaga kerja di 124 firma utama berdasarkan jualan, menurun sebanyak 1.2 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya.
Sebaliknya, peratus pekerja berusia 50 tahun ke atas meningkat sebanyak 0.6 mata peratusan kepada 20.1 peratus, menandakan buat kali pertama sejak 2015, iaitu ketika data ini mula direkodkan, jumlah pekerja yang lebih berusia mengatasi pekerja muda.
Ia juga merupakan kali pertama peratusan pekerja berusia bawah usia 30 tahun jatuh di bawah paras 20 peratus.
Jurang ketara dapat dilihat dalam industri bateri, yang mencatat penurunan sebanyak 9.7 mata peratusan dalam jumlah pekerja 20-an sepanjang tiga tahun lalu, manakala pekerja berusia 50 tahun ke atas meningkat 1.2 mata peratusan.
Perubahan serupa turut dilihat dalam sektor teknologi maklumat dan elektronik, dengan jumlah pekerja muda merosot sebanyak 5.4 mata peratusan.
"Disebabkan keadaan ekonomi yang suram, banyak industri mengurangkan pengambilan pekerja baharu, manakala pekerja lama pula menangguhkan persaraan," kata seorang pegawai dari Leaders Index.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#pekerja berusia 50 tahun ke atas
#pekerja muda
#kelembapan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan