awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan cari penceroboh masuk Korea Utara

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2022
22:15 MYT
Korea Selatan cari penceroboh masuk Korea Utara
Tentera Korea Selatan berkawal di Panmunjom yang terletak di dalam zon bebas tentera (DMZ) yang memisahkan dua negara Korea. -Gambar hiasan/Reuters
SEOUL: Seorang individu tidak dikenali telah memasuki Korea Utara dengan menceroboh masuk sempadan yang dikawal ketat dari Korea Selatan pada malam tahun baru.
Menurut tentera Korea Selatan, lelaki itu dipercayai individu yang datang dari Korea Utara pada 2020, juga dengan menyeberangi sempadan secara haram.
Kemasukan lelaki itu telah menyebabkan operasi mencari dilancarkan tentera Korea Selatan kelmarin apabila kamera pengawasan menunjukkan dia melintasi seksyen timur sempadan Korea Selatan menuju ke Korea Utara.
Korea Selatan menghantar mesej kepada Korea Utara pada pagi Ahad untuk memastikan keselamatan individu berkenaan, tetapi tidak mendapat maklum balas.
Penindasan dan kemiskinan bertahun-tahun di Korea Utara mendorong lebih 30,000 rakyat negara itu melarikan diri ke Korea Selatan dalam tempoh beberapa dekad selepas perang Korea.
Bagaimanapun, tindakan menyeberang sempadan dari Korea Selatan ke Korea Utara sangat jarang berlaku.
Ceroboh Sempadan | Korea Selatan cari penceroboh masuk Korea Utara
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Korea Utara
#ceroboh sempadan
#malam tahun baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan