awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan mansuh peraturan kuarantin mulai 8 Jun

Bernama
Bernama
03/06/2022
03:45 MYT
Korea Selatan mansuh peraturan kuarantin mulai 8 Jun
Pengembara tidak mengambil vaksin COVID-19 masih perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh tiga hari selepas tiba di Korea Selatan. - REUTERS
SEOUL: Kerajaan Korea Selatan akan menarik balik peraturan kuarantin tujuh hari bagi penumpang luar negara yang tidak mengambil vaksin COVID-19, mulai Rabu depan, kata Perdana Menteri Han Duck Soo pada Jumaat.
Namun, mereka masih perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh tiga hari selepas tiba di Korea Selatan, kata Han, lapor Agensi Berita Yonhap.
"Selain itu, sekatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon akan dimansuh sepenuhnya mulai 8 Jun, dan kerajaan akan memastikan penerbangan dikendalikan selari dengan permintaan," kata Han.
Menurut Kementerian Pengangkutan, langkah itu akan meningkatkan jumlah penerbangan ketibaan kembali kepada tahap sebelum pandemik.
Langkah itu diambil susulan permintaan terhadap penerbangan antarabangsa meningkat sejak kerajaan menghapuskan peraturan penjarakan sosial.
Menurut Han, harga tiket penerbangan melambung disebabkan sekatan ke atas bilangan penerbangan antarabangsa dan perintah berkurung untuk ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Pada masa ini, tiada penerbangan ketibaan dibenarkan di lapangan terbang dari 8 malam hingga 5 pagi.
Kerajaan juga memutuskan untuk menarik balik had bilangan mingguan penerbangan antarabangsa mulai Rabu depan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Untuk permulaan, kementerian merancang menambah 100 hingga 300 lagi penerbangan setiap minggu secara berperingkat mulai Mei dan pertambahan sehingga 50 peratus daripada paras sebelum pandemik menjelang akhir tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#COVID-19
#kuarantin
#Pengembara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan