KUALA LUMPUR: Korea Selatan turut bersedih dengan kejadian banjir besar baru-baru ini yang telah menyebabkan kerosakan teruk serta korban nyawa di Malaysia, kata Perdana Menteri Kim Boo-Kyum.
Dalam surat yang diutus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kim bagi pihak kerajaan dan rakyat Korea Selatan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
"Saya berharap di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Ismail Sabri) yang cemerlang, rakyat Malaysia mampu mengharungi apa jua situasi dan keadaan akan kembali pulih secepat mungkin," menurut surat itu.
Malaysia mengalami banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri yang dicetuskan oleh hujan lebat dengan sekurang-kurangnya 41 orang dilaporkan terkorban setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Kim bagi pihak kerajaan dan rakyat Korea Selatan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. - Foto BERNAMA

Kebajikan | Teratak baharu, sinar buat keluarga Ku Hamzah
Tular di media sosial kisah adik Ku Arman Taqif Ku Hamzah, pelajar darjah empat Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Bahar yang mendiami sebuah rumah usang hampir menyembah bumi. Ku Arman tinggal di Kampung Sering, Kota Bharu bersama ibu bapanya dan tiga beradik lain dengan salah seorang daripadanya orang kelainan upaya (OKU). Rumah pusaka didiami enam beranak ini ibarat bangsal tidak lagi sesuai didiami bahkan dinding dan zinknya berlubang dimamah usia.

Antipersaingan | Siasatan MyCC industri ayam dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir jun ini. MyCC juga telah memulakan siasatan terhadap kesemua pemain industri ayam di seluruh Malaysia dari peringkat huluan hingga hiliran.

Haji | Penerbangan pertama jemaah tahun ini dijangka 4 Jun
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia tahun ini dijangka pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei. Ia berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan rukan islam kelima itu berbanding kebiasaannya.

Isu Kadar Tambang | Grab Malaysia beri penjelasan, akui tidak cukup pemandu
Grab Malaysia berkata, pada pertengahan Mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.

10 Berita Pilihan - (24 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mangsa Hilang | Mayat lelaki OKU hilang ditemui reput
Kehilangan seorang lelaki yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak 12 hari lalu terungkai selepas ditemui meninggal dunia di kawasan belukar berhampiran Kampung Tanjung Aur, Telemong. Mayat mangsa Abdul Hadi Ismail, 37 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira jam 9.30 pagi pada Selasa.

Jual Tiket ke Korea | Polis tahan dua individu terlibat sindiket
Polis Johor mengesahkan telah menahan dua individu yang terlibat dalam sindiket penjualan tiket ke Korea sejak awal tahun ini. Ia selepas lima laporan polis dibuat lima individu warganegara Korea. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kerugian dianggarkan mencecah hampir RM60,000.

Amang Seksual | Pegawai penjara dipenjara 20 tahun dan enam sebatan
Seorang pegawai penjara dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak rakannya Januari tahun lalu. Hukuman dijatuhkan hakim Awang Krisnada Awang Mahmud ke atas tertuduh, Marino Majabin, 46 tahun di Mahkamah Sesyen Tawau pada Selasa.

Pendatang Asing | 38 PATI ditahan ketika berjalan di ladang getah
Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan ketika masuk ke negara ini melalui laluan tikus di sempadan Malaysia/Thailand pada Selasa. Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua (2 Divisyen) Infantri Malaysia, kesemua PATI terbabit ditahan pada jam 5.45 petang ketika menggunakan kawasan ladang getah.

Cacar Monyet | KKM belum terima notifikasi kes kanak-kanak tular
Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti yang tular di media sosial. Bagaimanapun, KKM menasihatkan waris kanak-kanak berkenaan membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan dengan segera jika gambar yang ditularkan adalah benar.

Tentera Korea Selatan bangunkan topi keledar kalis peluru lebih kuat
Korea Selatan selesai membangunkan topi keledar canggih yang mampu melindungi tentera daripada tembakan pistol yang lebih kuat, menurut agensi penyelidikan pertahanan pada Isnin.

Yoon, Biden dijadual lawat pusat operasi Tentera Udara Korea Selatan
Kedua-dua mereka akan ke Pusat Operasi Udara dan Angkasa Korea Selatan itu di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek.

Piala Uber: Korea Selatan kalahkan China, akhiri penantian 12 tahun bergelar juara
Korea Selatan akhirnya berjaya menamatkan penantian 12 tahun mereka selepas berjaya mengalahkan juara bertahan China 3-2, seterusnya dinobatkan sebagai juara Piala Uber 2022.

Jepun, China, Korea Selatan, ASEAN bimbang impak perang ke atas ekonomi
Selain dasar monetari yang diperketatkan di luar jangkaan dalam beberapa ekonomi utama, gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan turut menjadi punca kebimbangan mereka.

COVID-19: Masih ramai terus guna pelitup muka di Korea Selatan
Tinjauan mendapati, orang ramai masih memakainya terutama di daerah yang sibuk seperti Gwanghwamun.

Lepas Raya nak sambung cuti ke mana? Tak perlu kuarantin, 5 negara Asia ini boleh anda kunjungi
Sudah dua tahun berada dalam fasa pandemik, seronok juga sekali-sekala keluar bercuti di luar negara ni, yang penting dekat dan tidak terlalu mahal.

Korea Selatan, Jepun teruja menanti kembalinya pelancong Malaysia
Berita mengenai kerajaan Malaysia mengumumkan pembukaan semula sempadannya pada 1 April disambut baik oleh wakil pertubuhan pelancongan Korea Selatan dan Jepun di ibu negara

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine
Korea Selatan memutuskan untuk membekalkan sebahagian daripada gas LNGnya ke Eropah.

Malaysia, Korea Selatan meterai MoU perkukuh kerjasama industri pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Malaysia dengan Korea Selatan akan menjadi instrumen perundangan dalam mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.