awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan tidak bercadang lawan tarif Amerika Syarikat kerana 'terhutang budi'

Bernama
Bernama
20/04/2025
08:45 MYT
Korea Selatan tidak bercadang lawan tarif Amerika Syarikat kerana 'terhutang budi'
Menurut Han, kerajaan Korea Selatan kini memilih untuk meneruskan dialog dengan Presiden AS Donald Trump bagi mencari penyelesaian bersama yang menguntungkan kedua-dua negara. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Pemangku Presiden Korea Selatan merangkap Perdana Menteri, Han Duck-soo berkata bahawa Seoul tidak bercadang menentang tarif perdagangan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, memandangkan hubungan sejarah dan bantuan ekonomi yang pernah diterima daripada Washington terutama selepas Perang Korea, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Perkembangan keupayaan industri kami, kemajuan dalam sektor kewangan, budaya dan pertumbuhan ekonomi banyak dipengaruhi oleh bantuan Amerika Syarikat," kata Han dalam temu bual bersama Financial Times yang disiarkan Sabtu.
Menurut Han, kerajaan Korea Selatan kini memilih untuk meneruskan dialog dengan Presiden AS Donald Trump bagi mencari penyelesaian bersama yang menguntungkan kedua-dua negara, berbanding mengambil langkah balas yang bersifat konfrontasi terhadap dasar perlindungan perdagangan Washington.
Han memaklumkan bahawa beliau berbincang selama 28 minit melalui telefon dengan Trump dan menyampaikan kesediaan Seoul untuk menangani isu lebihan perdagangan dengan meningkatkan import dari Amerika Syarikat, termasuk gas asli cecair (LNG) dan pesawat komersial.
Beliau juga menyatakan keterbukaan Korea Selatan untuk membincangkan halangan perdagangan bukan tarif, dan mencadangkan kerjasama diperluas dalam bidang pembinaan kapal tentera laut -- sebagai sumbangan terhadap pengukuhan pakatan strategik antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#tarif AS
#Donald Trump
#hutang budi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan