awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul

Bernama
Bernama
20/01/2025
14:07 MYT
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Suk Yeol dipindahkan ke sel berukuran 12 meter persegi di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul pada Ahad. - Gambar Xinhua
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Yoon dipindahkan ke sel berukuran 12 meter persegi di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul pada Ahad selepas Mahkamah Daerah Barat Seoul mengeluarkan waran terhadapnya, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Pesuruhjaya Jeneral Perkhidmatan Pemulihan Korea, Shin Yong-hae.
"(Yoon) dipindahkan dari bilik tahanan sementara ke bahagian tahanan umum, dan (saya) menerima laporan bahawa beliau menghabiskan malamnya dengan baik," kata Shin kepada ahli parlimen semasa sesi jawatankuasa perundangan dan kehakiman di Dewan Negara.
Pegawai itu turut memaklumkan bahawa Yoon mematuhi semua prosedur rasmi tahanan termasuk mengambil foto dan menjalani pemeriksaan fizikal, selain seorang pegawai pemulihan ditugaskan bagi memastikan keselamatannya.
Shin juga berkata bahawa pihaknya bekerjasama dengan polis dan Perkhidmatan Keselamatan Presiden untuk meningkatkan keselamatan, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan drastik daripada penyokong Yoon, termasuk usaha membebaskan presiden yang ditahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Pusat Tahanan Seoul
#tindakan drastik
#pegawai pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan