INTERNATIONAL
Koronavirus: AS beri amaran warganya tidak melawat China

Seorang wanita yang tiba dari Hubei cuba merentasi pusat pemeriksaan di Jiujiang, China pada 31 Januari 2020. - foto REUTERS
KERAJAAN Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada rakyatnya agar tidak melawat China susulan penularan wabak koronavirus diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai darurat kesihatan global.
Kenyataan terbaharu oleh Jabatan Negeri AS meningkatkan amaran bagi lawatan ke China kepada ‘paras keempat - jangan melawat’ - tahap yang sama dikeluarkan bagi Iraq dan Afghanistan.
Kata Setiausaha Jabatan Negeri AS Mike Pompeo, amaran ini dibuat berdasarkan kadar penularan koronavirus di China.
Pada 23 Januari lalu, Jabatan Negeri AS mengarahkan agar kakitangan AS serta ahli keluarga mereka dibawa keluar dari Wuhan.
Setakat ini, angka kematian di China meningkat kepada 213 manakala kes positif koronavirus di negara itu turut meningkat kepada 9,692.
Sementara itu, kes positif koronavirus dikesan di lebih 20 negara dengan Filipina, India dan Itali menjadi negara terbaharu mencatat kes virus tersebut.
Kes jangkitan manusia-ke-manusia yang melibatkan pesakit rakyat tempatan pula dikesan di Jerman, Taiwan, Jepun dan Amerika Syarikat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami