awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dihantar ke Brazil

Bernama
Bernama
30/12/2024
14:40 MYT
Kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dihantar ke Brazil
Kementerian Pembangunan Digital dan Pengangkutan menyatakan bahawa pakar Azerbaijan akan menyelia dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses penghantaran dan merungkai kod di CENIPA. - Gambar/ AP
BAKU (Azerbaijan): Keputusan telah dibuat untuk menghantar kotak hitam pesawat penumpang Embraer 190, yang terhempas berhampiran Aktau, ke Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA), mencerminkan pendekatan objektif dan berprinsip Azerbaijan.
Agensi Berita Negara Azerbaijan (AZERTAC) melaporkan Kementerian Pembangunan Digital dan Pengangkutan menyatakan bahawa pakar Azerbaijan akan menyelia dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses penghantaran dan merungkai kod di CENIPA.
Selain itu, pakar antarabangsa dalam bidang itu, yang dijemput oleh Azerbaijan, akan menyumbang kepada proses tersebut.
Pendekatan kerjasama ini memastikan siasatan dijalankan dengan penuh ketelusan dan selaras dengan piawaian antarabangsa. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan sebarang keraguan tentang objektiviti penyiasatan dan meningkatkan kebolehpercayaan penemuannya untuk komuniti global.
Kementerian itu menekankan keupayaan teknikal canggih CENIPA dalam penyiasatan kemalangan pesawat. Dilengkapi dengan teknologi terkini dan makmal yang diperakui di peringkat antarabangsa untuk penyahsulitan data, pusat itu diyakini mampu melaksanakan tugas itu dengan baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azerbaijan Airlines
#pesawat terhempas
#hasil siasatan
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan