awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air berjaya dikesan

Bernama
Bernama
10/01/2021
09:46 MYT
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air berjaya dikesan
Pelbagai objek dan cebisan mayat itu ditemukan di perairan Kepulauan Seribu pada kedalaman 23 meter di dasar laut. - Reuters
JAKARTA:Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, mula menemukan serpihan pesawat dan enjin, barangan penumpang serta cebisan-cebisan mayat.
Operasi pencarian kini juga berfokus kepada mendapatkan kotak hitam pesawat, selepas koordinat pesawat yang terhempas di perairan itu telah dikenal pasti.
Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto dalam siaran media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan berkata pasukan SAR telah mengenal pasti kotak hitam itu di satu koordinat (tidak dinyatakan) yang berada pada kedalaman 23 meter di perairan berkenaan.
Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak lima bungkusan cebisan-cebisan mayat telah dihantar ke Rumah Sakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati.
Ketua Rumah Sakit Polri Kramat Jati Asep Hendradiana dipetik agensi berita Antara berkata, pihaknya juga sedang mengumpul asid deoksiribonukleik (DNA) anggota keluarga para penumpang pesawat berkenaan.
Biro Komunikasi dan Informasi Publik, Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan SAR setakat ini telah menjumpai beberapa bahagian pesawat seperti pecahan pesawat, jaket penyelamat, beberapa bahagian dalaman pesawat dan barangan penumpang seperti pakaian, beg dan kad identiti pengenalan penumpang.
Pelbagai objek dan cebisan mayat itu ditemukan di perairan Kepulauan Seribu pada kedalaman 23 meter di dasar laut.
Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air itu terputus hubungan selepas berlepas pada 2.36 petang waktu Indonesia barat dari Jakarta menuju Pontianak, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta semalam.
Penerbangan Sriwijaya SJ-182 itu membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sriwijaya Air
#terhempas
#kotak hitam
#ditemui
#lokasi
#laut
#SAR
#cebisan mayat
#serpihan enjin
#Panglima Tentera Indonesia
#Hadi Tjahjanto
#SJ182
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan