awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemui selepas tiga hari

Agensi
Agensi
12/01/2021
13:10 MYT
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemui selepas tiga hari
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang ditemui diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) bagi tujuan siasatan. - Gambar Reuters
JAKARTA:Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air SJ182 ditemui oleh pasukan penyelamat pada Selasa, kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.
Menurut laporan Reuters, kotak hitam itu ditemui antara sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, Jakarta.
Kotak hitam itu diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) bagi tujuan siasatan.
Sementara itu, Ketua tentera Panglima Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto pada Selasa berkata, "kotak hitam" kedua atau perakam suara kokpit (CVR) berpotensi untuk dijumpai dalam masa terdekat kerana isyaratnya tidak jauh terletak dari penemuan kotak hitam yang sebelumnya.
BACA: Pesawat Sriwijaya Air tidak meletup ketika terhempas
BACA: Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Pesawat Boeing 737 yang membawa seramai 62 penumpang dan kru itu dilaporkan terputus hubungan pada Sabtu lalu ketika melintas ruang udara di Daerah Kepulauan Seribu.
Sebelum ini, Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia, Soerjanto Tjahjono dalam satu kenyataan berkata, pesawat Sriwijaya Air yang terhempas dipercayai tidak meletup, sebelum terjunam ke dasar laut.
Ia berdasarkan terdapat serpihan-serpihan pesawat yang ditemui setakat ini itu berukuran melebihi 23 meter.
Nahas Sriwijaya Air | Lokasi kotak hitam Sriwijaya Air dikenal pasti
Untuk perkembangan terkini nahas pesawat Sriwijaya Air baca di sini
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jakarta
#pesawat
#siasatan
#Nahas
#tentera
#keselamatan
#terhempas
#Boeing
#Sriwijaya Air
#SJ182
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan