BANGKOK: SEBUAH kren dilapor terjatuh di lebuh raya berdekatan Jalan Rama II di Bangkok Thailand, mengakibatkan seorang pekerja maut, manakala seorang lagi cedera parah.
Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, mangsa yang maut dan cedera masing-masing berusia 44 tahun dan 24 tahun.
Menurut pengendali kren yang enggan dinamankan, mangsa dikenali sebagai Wiphak Phromprasong dan Theeraphat Khannok.
Dia menambah, ketika kejadian operator sedang menaikkan kedua-dua mangsa yang berada dalam bakul untuk menukar cecair penyerap hentak jenis hidraulik.
Pengendali kren tersebut mendakwa mangsa tidak melaporkan sebarang masalah sebelum terdengar bunyi kuat dan mendapati cangkuk kren itu terputus menyebabkan bakul terhempas.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Jungrungreangkit mengarahkan penggantungan operasi tapak pembinaan selama tiga hari bagi tujuan siasatan.
Isu keselamatan mengenai pembinaan lebuh raya bertingkat di atas Jalan Rama II, telah dibangkitkan sebelum ini susulan kejadian korban.
Pada Mei 2023, seorang pekerja terbunuh dan empat kenderaan rosak apabila struktur konkrit terhempas di jalan raya.
Agensi
Mon Jan 22 2024
Menurut pengendali kren yang enggan dinamankan, mangsa dikenali sebagai Wiphak Phromprasong dan Theeraphat Khannok. - Gambar X Bangkok Post
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Kren terjatuh di Bangkok, seorang pekerja maut
Ketika kejadian operator sedang menaikkan kedua-dua mangsa yang berada dalam bakul untuk menukar cecair penyerap hentak jenis hidraulik.
Struktur bumbung runtuh hempap kereta
Difahamkan beberapa kenderaan tersebut rosak dipercayai terkena serpihan struktur bumbung yang terjatuh.
Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.
Enam kenderaan rosak akibat tangki pecah di pangsapuri Sepang
Serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.
Enam kenderaan rosak ditimpa tembok penahan jalan
Tinjauan di lokasi mendapati enam kenderaan pelbagai jenis tidak dapat bergerak atau dialihkan disebabkan runtuhan tersebut.
Lapan kenderaan rosak teruk dihempap bongkah batu
Lapan kenderaan rosak teruk setelah ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah di sini awal pagi tadi.
Hampir 20 syarikat automotif setuju sertai inisiatif baucar diskaun - Tengku Zafrul
Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
Pengguna motosikal dinasihat elak guna lorong kecemasan di lebuh raya
Laluan itu amat berbahaya kepada penunggang motosikal kerana terdapat banyak kenderaan rosak dan lori yang diletakkan di lorong kecemasan itu.
Pertimbang rampas, lupus kenderaan terbiar - Wan Junaidi
Ketika ini terdapat kira-kira lapan juta kenderaan rosak dan terbiar di tepi jalan termasuk kawasan tempat letak kenderaan atau lokasi lain.