awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan kenderaan rosak teruk dihempap bongkah batu

Bernama
Bernama
09/03/2022
15:50 MYT
Lapan kenderaan rosak teruk dihempap bongkah batu
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata dalam insiden pada kira-kira 4.30 pagi itu, bongkah batu menghempap kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan parkir Blok 4 pangsapuri berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lapan kenderaan rosak teruk setelah ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah di sini awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata dalam insiden pada kira-kira 4.30 pagi itu, bongkah batu menghempap kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan parkir Blok 4 pangsapuri berkenaan.
"Tiada sebarang kemalangan jiwa. Siasatan awal polis mendapati kejadian itu disebabkan bencana alam susulan hujan lebat dan angin kencang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohamad Farouk, laporan polis yang dibuat oleh pengadu dirujuk kepada agensi lain dan tiada kertas siasatan dibuka.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca dan tidak meletakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok susulan kekerapan berlaku insiden pokok tumbang atau tanah runtuh yang disebabkan angin kencang serta hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan rosak
#bongkah kayu
#Pangsapuri Taman Bukit Permai
#Pandan Indah
#Polis Daerah Ampang Jaya
#hujan lebat
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan