awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Afghanistan: BN saran kerajaan panggil Mesyuarat Khas OIC

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2021
06:32 MYT
Krisis Afghanistan: BN saran kerajaan panggil Mesyuarat Khas OIC
Sebagai sebuah negara Islam yang berwibawa dan berkecuali, Malaysia mempunyai pengaruh tersendiri untuk membangunkan konsensus OIC dalam perkara berkaitan dengan masa depan Afghanistan. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia disaran segera mengambil inisiatif memanggil negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan sidang atau mesyuarat khas berkenaan situasi terkini di Afghanistan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai sebuah negara Islam yang berwibawa dan berkecuali, Malaysia mempunyai pengaruh tersendiri untuk membangunkan konsensus OIC dalam perkara berkaitan dengan masa depan Afghanistan.
"BN juga menyeru agar kerajaan berhubung dengan perwakilan Taliban di Doha, Qatar untuk membangunkan komunikasi awal.
"Ini perlu dilakukan hanya dengan satu tujuan, iaitu memudahkan penyelarasan bantuan kemanusiaan antarabangsa disalurkan kepada penduduk Afghanistan, jika keadaan mendesak dan memerlukan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Zambry berkata BN berpendirian bahawa sebarang pengiktirafan ke atas Taliban hanya boleh dipertimbangkan selari dengan pendirian masyarakat antarabangsa.
"Kerajaan Malaysia haruslah mengikut lunas dan prinsip-prinsip hubungan antarabangsa yang kita pegang selama ini dalam mengiktiraf mana-mana Kerajaan atau rejim.
"Tidak ada pengecualian istimewa dalam kes Taliban," katanya.
Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara tersebut dalam keadaan yang tidak terancang dan kegagalan kerajaan Afghanistan mempertahankan kedudukannya telah meletakkan keadaan keselamatan di negara tersebut semakin rapuh dan terjejas.
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#Afghanistan
#Taliban
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan