awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis nuklear Jepun belum berakhir

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2013
23:30 MYT
Krisis nuklear Jepun belum berakhir
Krisis nuklear yang melanda Jepun pasca bencana berganda pada 2011, belum berakhir.
Biarpun Tokyo sudah melaksanakan langkah keselamatan, pencemaran radiasi terus berlaku dan menjejaskan penduduk khususnya sekitar loji Fukushima Daichi.
Operator loji Fukushima, Tokyo Electric Power Company atau Tepco bulan lalu mengakui loji tersebut mengalirkan sisa air dicemari radiasi ke sumber air berdekatan.
Ia mendedahkan sejumlah 300 tan sisa air radiasi mengalir ke lautan setiap hari sejak krisis tercetus.
Namun, di sebalik pendedahan itu, kawasan pantai di sekitarnya terus dibuka kepada umum.
Situasi itu menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan penduduk dan komuniti nelayan yang bergantung hidup kepada sumber dari lautan.
Namun, Jawatankuasa Keselamatan Pantai memaklumkan, pihaknya sudah melaksanakan langkah pencegahan, bagi memastikan keselamatan pantai.
Antaranya mengukur tahap radiasi empat kali sehari.
Sekiranya tahap radiasi melepasi tahap dibenarkan, pantai tersebut akan ditutup.
Sementara itu, pasukan penyelidik menuntut supaya kerajaan melaksanakan mekanisme bagi melindungi kawasan pantai.
Ia bagi memastikan kesan negatif daripada pencemaran itu dapat ditangani segera.
Topic Berkaitan
#Fukushima Daichi
#krisis nuklear
#Tokyo Electric Power Company
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan