PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron bertemu Vladimir Putin di Moscow pada Isnin dalam usaha untuk mengelakkan kemungkinan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Pemimpin Perancis itu berkata beliau menyasarkan untuk "berdialog dengan Rusia dan mengurangkan ketegangan" melalui rundingan itu.
Usaha Macron adalah campur tangan berprofil tertinggi oleh seorang pemimpin Barat dalam usaha meredakan ketegangan.
Beliau dilaporkan akan turut melawat Kyiv untuk rundingan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Selasa.
Sementara itu, imej satelit baharu yang diperoleh CNN menunjukkan pangkalan besar yang menempatkan kereta kebal Rusia, artileri dan perisai lain berhampiran sempadan Ukraine sebahagian besarnya telah dikosongkan, dengan peralatan itu dikatakan dipindahkan ke lokasi lebih dekat dengan sempadan, sejak beberapa hari lalu.
Pangkalan itu terletak di Yelnya, tenggara bandar Smolensk terletak kira-kira 160 batu dari sempadan Ukraine. Sejumlah besar senjata telah dipindahkan ke sana pada hujung 2021, termasuk kira-kira 700 buah kereta kebal, kenderaan tempur infantri dan pelancar peluru berpandu balistik.
Kebanyakan peralatan itu kini tidak lagi kelihatan, menurut imejan satelit radar yang diperoleh pada 6 Februari.
Video media sosial yang dirakam dalam beberapa hari lepas menunjukkan beberapa peralatan dibawa menggunakan kereta api dan jalan raya, jauh ke selatan wilayah Bryansk, berhampiran dengan Ukraine.
Agensi
Mon Feb 07 2022

Pemimpin Perancis itu berkata beliau menyasarkan untuk "berdialog dengan Russia dan mengurangkan ketegangan" melalui rundingan itu. - REUTERS/Charles Platiau/Pool/File Photo

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

Penyedut asap makmal SMK Taman Selayang terbakar
Siasatan mendapati kebakaran berlaku di luar kelas di tingkat dua, melibatkan bahagian motor penyedut asap dari sebuah makmal.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Macron cadang "tadbir dan gubal undang-undang" secara berbeza
Macron turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti saingan dalam usaha untuk menunjukkan beliau terbuka untuk berdialog.

Parti Emmanuel Macron hilang majoriti, risiko Parlimen tergantung
Mulai Isnin, kem Macron akan berusaha mencari pakatan baharu.

Perancis mula undur tentera dari Mali
Pengunduran itu adalah sebahagian kerangka kerja yang ditetapkan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Macron umum Kabinet baharu Perancis di bawah pimpinan Elisabeth Borne
Pelantikan Kabinet diumumkan oleh pejabat Macron dalam satu kenyataan.

Emmanuel Macron angkat sumpah jawatan presiden penggal kedua
Dalam ucapannya, beliau berjanji akan mengetuai negara itu dengan matlamat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kemenangan Macron, kelegaan buat dunia termasuk Malaysia - Penganalisis
Sekiranya Le Pen menang, hubungan Perancis dengan dunia Islam akan menjadi tegang kerana perjuangannya menentang "fundamentalisme Islam".

Perancis Memilih: Emmanuel Macron pertahan jawatan Presiden
Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan, Macron memperolehi 58.8 peratus undi, berbanding 41.2 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen.

Perancis Memilih: Macron, Le Pen mendahului
Tinjauan IFOP meramalkan saingan yang sengit dengan 51% untuk Macron dan 49% untuk Le Pen.

Putin, Macron, Scholz bincang isu Ukraine
Macron dan Scholz menggesa gencatan senjata segera dan penyelesaian secara diplomatik.