ISU serangan ke atas Ukraine bukanlah satu isu yang baharu bagi penduduk dunia kerana acapkali ia digelar menyerupai ‘acara tahunan’ dari negara Rusia ke atas mereka.
Krisis yang berputik sejak runtuhnya blok Kesatuan Republik Soviet Sosialis (USSR) dan Pakatan Warsaw pada 1991 yang telah menyebabkan Ukraine bukan lagi di bawah pemerintahan Rusia kini .
Keruntuhan blok ini telah menyebabkan Ukraine kemudiannya diiktiraf sebagai negara berdaulat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Dengan kedaulatan yang dimiliki, ini membolehkan Ukraine menyertai/berpihak kepada mana-mana pakatan keselamatan atau kesatuan dunia termasuklah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mahupun Kesatuan Eropah (EU).
Ini sudah pasti menyebabkan Rusia ‘umpama duduk di atas daun’ kerana mereka akan hilang negara penyangga (buffer state) antaranya dengan sekutu NATO di Eropah yang telah jelas ditubuhkan untuk membendung pengaruh Rusia.
Akhirnya, kini Ukraine dibedal Rusia dan peristiwa ini disaksikan oleh negara-negara dunia.
Di saat Ukraine dihimpit, di manakah undang-undang antarabangsa?
Undang-Undang Antarabangsa
Usaha pembasmian dunia dari peperangan telah bermula sedari pasca Perang Dunia Pertama (1914-1918) di mana banyak entiti negara di dunia telah menandatangani ‘Pact of Paris on the General Treaty of Renunciation of war 1928’ atau juga dikenali sebagai Pakatan KellogBriand 1928.
Inisiatif ini gagal membendung konflik sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua (1939-1945).
Usaha menjamin keamanan sejagat ini kemudian disambung dengan wujudnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana, ia bertepatan dengan Artikel 2(4) Piagam PBB yang menyatakan bahawa:
“Semua ahli PBB dilarang sama sekali dari mengenakan sebarang ancaman atau kekerasan ke atas kedaulatan negara lain dalam apa jua cara yang boleh ditafsirkan bercanggah dengan objektif penubuhan PBB.”
Sudah terang lagi bersuluh bahawa sebarang bentuk provokasi ancaman ke atas integriti negara lain sahaja sudah bercanggah dengan piagam PBB, apatah lagi mengarahkan angkatan tentera untuk masuk ke kawasan negara lain dengan mengangkat senjata tanpa kebenaran seperti mana Rusia memperlakukan Ukraine saat ini.
Ini hanya menunjukkan bahawa undang-undang antarabangsa masih mempunyai ‘lompong’ yang besar dalam mencegah konflik, peperangan dan pencerobohan ke atas keutuhan wilayah negara berdaulat.
Kelemahan Undang-undang Antarabangsa
Undang-undang antarabangsa tidak dapat lari dari sebarang kelemahan dalam membendung peperangan.
Ia disebabkan oleh ketidakwujudan kuasa agung, di mana tiada sebarang negara pun dibenarkan untuk mencabar kedaulatan negara lain kerana semua negara adalah sama rata di mata PBB.
Kedua, tidak wujud entiti ‘polis dunia’ di bawah ruang lingkup undang-undang antarabangsa yang boleh mengheret penjenayah perang mahupun pihak bertelagah ke muka pengadilan seperti mana undang-undang tempatan.
Selain itu, masalah juga timbul apabila pihak yang bertelagah itu datang dari negara-negara yang terdiri daripada Britain, Amerika Syarikat, China, Perancis dan Rusia, kesemuanya ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.
Artikel 27(3) Piagam PBB, mengatakan bahawa:
“Segala keputusan yg dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB mestilah seiring dgn undian 9 negara termasuk 5 ahli tetap PBB.”
Peruntukan undang-undang seperti ini sudah cukup untuk membolehkan ahli tetap PBB mahupun sekutu mereka menyalahgunakan kuasa yang ada demi kepentingan mereka sendiri.
Kelemahan ini sudah cukup parah untuk menatijahkan kepada beberapa siri peperangan kecil, apatah lagi kemungkinan berlakunya Perang Dunia Ketiga yang hanya menunggu masa untuk meletus diantara kuasa-kuasa besar dunia.
Kesimpulan
Artikel 24(1) Piagam PBB ada menyatakan bahawa pihak PBB bertanggungjawab dan memikul amanah dalam menjaga keamanan dan keselamatan sejagat.
Namun, apakah yang mampu dilakukan PBB ketika Ukraine dibantai Rusia?
Tidak wujudkah kaedah perundangan lain yang boleh digunakan untuk menghadapi ancaman Rusia dalam krisis ini?
Wajarkah kuasa-kuasa veto bagi ahli tetap Majlis Keselamatan PBB ini dikekalkan?
Sehingga soalan-soalan ini dapat dijawab, wajar untuk disimpulkan bahawa dalam konteks konflik Rusia-Ukraine, PBB telah gagal dalam menjamin keamanan dunia bagai parang buruk, tali sabut tidak tergolok.
* Muhammad Afiq Safly Nor Kazly adalah penolong penyelidik di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia.
** Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah kanan di FSU, USIM.
*** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Muhammad Afiq SaflyNor Kazly
Sun Feb 27 2022

Sekumpulan individu pro-Ukraine mengadakan perhimpunan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengecam kegagalan badan dunia itu bertindak melibatkan krisis Rusia-Ukraine. - Foto AP

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Keadaan kemanusiaan paling teruk di Gaza ketika sekatan bantuan melebihi 50 hari - PBB
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap paling kritikal sejak perang bermula.

Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.

Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.

Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.

Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.

Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.