awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Sudan: WFP henti kerja kemanusiaan selepas tiga pekerja terbunuh

Bernama
Bernama
17/04/2023
02:45 MYT
Krisis Sudan: WFP henti kerja kemanusiaan selepas tiga pekerja terbunuh
Foto satelit oleh Planet Labs PBC menunjukkan kawasan bersebelahan sebuah hospital terbakar di Khartoum, Sudan. - Foto AP
ROM: Ketua Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad berkata WFP yang berpangkalan di Rom itu akan menghentikan sementara aktiviti kemanusiaannya di Sudan, sehari selepas tiga pekerjanya di negara itu terbunuh.
Pengarah Eksekutif WFP Cindy McCain berkata beliau "terkejut dan kecewa" atas kejadian itu yang berlaku di daerah Kabkabiya di negeri Darfur Utara, Sudan.
Dalam satu kenyataan, McCain mengesahkan laporan bahawa pekerjanya terbunuh semasa menjalankan tugas menyelamatkan nyawa di barisan hadapan krisis kelaparan global. Beliau juga berkata dua lagi pekerja WFP cedera dalam serangan yang sama.
Menurut laporan media kesemua pekerja yang meninggal dunia terdiri daripada warga Sudan.
Dalam satu lagi kejadian juga pada Sabtu, sebuah pesawat milik Perkhidmatan Udara Kemanusiaan WFP rosak teruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, kata WFP.
"Kehilangan nyawa dalam perkhidmatan kemanusiaan tidak boleh diterima dan saya menuntut langkah segera diambil bagi menjamin keselamatan petugas lain," kata McCain.
"Pekerja bantuan adalah neutral dan tidak sepatutnya menjadi sasaran, dan sebarang ancaman kepada anggota pasukan kami menyukarkan kami untuk beroperasi dengan selamat dan berkesan dalam melaksanakan kerja-kerja kritikal WFP di negara ini," katanya.
McCain berkata WFP akan menghentikan sementara semua aktivitinya di Sudan sambil mengkaji keadaan keselamatan di negara yang dilanda perang itu, lapor Xinhua.
"WFP komited untuk membantu rakyat Sudan yang menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk tetapi kami tidak boleh melakukan kerja menyelamat nyawa jika keselamatan pasukan dan rakan kongsi kami tidak terjamin." kata Mc Cain.
Pertempuran ganas meletus pada Sabtu antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan bandar-bandar lain apabila kedua-dua pihak saling tuduh-menuduh sehingga mencetuskan konflik itu.
Jawatankuasa Doktor Pusat Sudan berkata sekurang-kurangnya 56 orang awam terbunuh manakala 595 lagi cedera, termasuk anggota tentera yang berada dalam keadaan kritikal.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Sabtu mengutuk sekeras-kerasnya pertempuran antara kedua-dua pasukan dan menggesa kedua-dua pihak supaya segera menghentikan permusuhan, menurut jurucakapnya .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#WFP
#PBB
#aktiviti kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan