Kru bot nelayan ditemukan dalam keadaan kritikal berhampiran pelabuhan di Hokkaido

Pengawal pantai telah menjalankan selaman bawah air berhampiran kapal yang karam itu serta operasi pencarian di laut menggunakan bot peronda. - Gambar fail
SAPPORO: Seorang lagi kru bot nelayan yang membawa empat orang dan karam di perairan Hokkaido ditemukan pada Sabtu dan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, kata pengawal pantai, lapor Kyodo News.
Koichi Sawaya, 48, ditemukan terbaring berhampiran tebing air dekat sebuah pelabuhan di Setana, sehari selepas Hiroshi Sawaya, juga berusia 48 tahun, ditemuikan dalam operasi pencarian di sepanjang jeti berdekatan dan kemudian disahkan meninggal dunia. Usaha mencari dua lagi kru masih diteruskan.
Pengawal pantai telah menjalankan selaman bawah air berhampiran kapal yang karam itu serta operasi pencarian di laut menggunakan bot peronda.
Keempat-empat kru berlepas dari pelabuhan kira-kira 7.30 pagi pada Khamis untuk menangkap ikan sebelah, namun keadaan ribut salji berlaku sebelum tengah hari dan seorang ahli keluarga melaporkan terputus hubungan dengan bot itu kira-kira 1.30 tengah hari, menurut pihak berkuasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


