awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori

Agensi
Agensi
15/11/2021
06:45 MYT
'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori
Ritual haka itu sejak kebelakangan ini sering disalahgunakan dalam pertunjukan protes terhadap sekatan yang berkaitan dengan COVID-19 di New Zealand. - Reuters
WELLINGTON: Suku kaum Maori yang memiliki hak ke atas haka ‘Ka Mate’ pada Isnin menegur kumpulan antivaksin supaya tidak menggunakan ritual terkenal itu dalam tunjuk perasaan.
Suku Ngati Toa diiktiraf di bawah undang-undang New Zealand sebagai penjaga budaya haka Ka Mate, lapor Reuters.
Bagaimanapun, ritual bertenaga itu sejak kebelakangan ini sering disalahgunakan dalam pertunjukan protes terhadap sekatan yang berkaitan dengan COVID-19.
"Ngati Toa menyelar penggunaan haka Ka Mate untuk mendesak dan mempromosi mesej antivaksin.
“Kami menggesa para penunjuk perasaan supaya berhenti serta-merta daripada menggunakan taonga (khazanah budaya) kami,” kata suku tersebut dalam satu kenyataan di Wellington.
Haka Maori mempunyai pelbagai versi namun Ka Mate – yang sering dipersembahkan oleh pasukan ragbi All Blacks sebelum perlawanan – telah wujud lebih dari sekurun lamanya dan dianggap haka yang terbaik.
Ritual pergerakan dan sorakan serta diiringi aksi menghentak kaki, hayunan tangan dan mata yang terbeliak itu sudah lama sinonim dalam budaya New Zealand. Ia sering dipersembahkan dalam acara sosial seperti perkahwinan atau pengebumian.
Ka Mate merupakan haka bagi suku Ngati Toa, dicipta oleh ketua pahlawan Te Rauparaha sekitar tahun 1820 untuk meraikan kebebasannya dari tahanan puak lawan.
Seiring peredaran zaman, terutamanya dalam era moden, persembahan haka adalah lebih kepada menyeru semangat positif dan meraikan kejayaan.
Parlimen telah meluluskan undang-undang pada tahun 2014 untuk mengiktiraf Ngati Toa sebagai penjaga warisan haka, namun undang-undang itu tidak disertakan dengan denda bagi mereka yang menyalahgunakannya, lebih-lebih lagi yang menghina falsafah tradisinya.
“Ramai tupuna (keturunan) kami yang kehilangan nyawa akibat pandemik ini dan suku kaum kami sangat bersedih kerananya.
“Kami juga sangat yakin bahawa vaksin COVID-19 adalah pelindung terbaik buat masa ini, dan kami beriltizam untuk menyokong keluarga kami untuk divaksinasi,” kata Ketua Eksekutif Ngati Toa, Helmut Modlik.
Topic Berkaitan
#antivaksin
#haka
#Maori
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan