awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan Palestin dedah keadaan kesihatan al-Natsheh semakin merosot dalam penjara Israel - Laporan

Bernama
Bernama
21/10/2025
02:20 MYT
Kumpulan Palestin dedah keadaan kesihatan al-Natsheh semakin merosot dalam penjara Israel - Laporan
Kumpulan hak asasi Palestin menegaskan Perkhidmatan Penjara Israel dan pihak keselamatan rejim berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap nyawa al-Natsheh dan menggesa "campur tangan segera masyarakat antarabangsa" bagi menyelamatkannya.
RAMALLAH: Sebuah pertubuhan hak asasi Palestin memberi amaran mengenai kemerosotan kesihatan pemimpin kanan Hamas, Mohammad Jamal al-Natsheh yang kini ditahan di penjara Israel, sambil menuduh pihak berkuasa rejim itu melakukan "pengabaian perubatan dan penyeksaan secara sengaja," lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan pada Isnin, Pusat Kajian Tahanan Palestin berkata, mereka bimbang Israel mungkin sedang berusaha untuk "membunuh Natsheh (68) dari Hebron" di selatan Tebing Barat yang diduduki melalui pengabaian rawatan perubatan, walaupun beliau berada dalam keadaan kesihatan kritikal.
Menurut pusat berkenaan, al-Natsheh yang menghidap pelbagai penyakit kini mengalami "kemerosotan kesihatan yang teruk" termasuk kehilangan ingatan dan kekeliruan, menyebabkan pihak penjara Israel memindahkannya ke Hospital Penjara Ramla di tengah Israel.
Beliau telah ditahan pada Mac 2025 dan diseksa secara fizikal serta disoal siasat secara kejam walaupun usianya lanjut dan kesihatannya lemah, menurut kenyataan itu.
Pusat terbabit menggambarkan al-Natsheh sebagai antara tokoh Islam terkenal di Hebron dan anggota Majlis Perundangan Palestin yang dipilih mewakili Hamas pada 2006.
Ia turut memaklumkan bahawa beliau telah ditahan puluhan kali oleh pihak berkuasa Israel, menghabiskan keseluruhan 23 tahun di penjara, kebanyakannya di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pertuduhan, yang digambarkan sebagai "tindakan dendam politik."
Kumpulan hak asasi itu menegaskan Perkhidmatan Penjara Israel dan pihak keselamatan rejim berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap nyawa al-Natsheh dan menggesa "campur tangan segera masyarakat antarabangsa" bagi menyelamatkannya.
Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 1,056 rakyat Palestin telah terbunuh di Tebing Barat yang diduduki sejak Okt 2023, kira-kira 10,300 cedera dan lebih 20,000 ditahan termasuk 1,600 kanak-kanak sejak perang Gaza bermula lebih dua tahun lalu.
Dalam keputusan bersejarah pada Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin adalah menyalahi undang-undang dan menggesa pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#peminpin kanan Hamas
#Mohammad Jamal al-Natsheh
#penjara Israel
#Pusat Kajian Tahanan Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami