Skip to main content

Dunia

Kumpulan pro IS dakwa penggal warga Croatia

61439437561_TOMISLAVSALOPEK.jpg
Kumpulan militan wilayah Sinai, di Mesir yang mengaku setia kepada kumpulan IS mengesahkan telah membunuh seorang tahanan warga Croatia, Tomislav Salopek.

Pengumuman dibuat kumpulan itu dengan memuat naik gambar Salopek dipenggal ke laman web pada Rabu.

Imej itu tersebar seminggu selepas video Salopek menuntut tahanan wanita di penjara di Mesir dibebaskan tersebar.

Salopek turut menegaskan dia bakal dibunuh dalam tempoh 48 jam sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.

Salopek diculik di luar pinggir Kaherah Julai lalu, ketika sedang bertugas untuk sebuah syarikat geologi Perancis.


Advertisement

Must Watch Video